“Comel je bila penonton buat-buat faham” – Nyanyi Lagu Dangdut Di Korea, Sarah Suhairi Terima Pujian Daripada Warganet

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Sebelum ni, penyanyi muda yang dikenali sebagai Sarah Suhairi, 19, tular dengan menyanyi lagu ddu-du ddu-du nyanyian asal penyanyi berkumpulan Blackpink dari korea selatan dalam rancangan Big Stage.

Namun baru-baru ni, dia telah di jemput oleh Youtuber dari Korea Selatan yang dikenali sebagi Blimey untuk datang ke Busan, Korea.

Sumber: Instagram

Blimey merupakan saluran Youtube Korea yang gemar mengetengahkan budaya Malaysia yang dimulakan oleh tiga kawan rapat iaitu Jade, Yerim, dan Dasol dari Korea University.

Sarah menerima jemputan istimewa daripada Kota Busan untuk menghadiri Pesta Filem Antarabangsa Busan sebagai wakil daripada Malaysia. Blimey turut mengatakan bahawa, mereka akan menjadi tour guide buat Sarah sepanjang keberadaanya di sana.

Semasa berada di Korea, Blimey telah mengaturkan jadual untuk memudahkan perjalanan Sarah. Antaranya ialah Sarah dijemput untuk membuat persembahan di Jagalchi festival.

Jagalchi festival adalah salah satu festival terbesar yang dianjurkan khususnya untuk generasi tua.

Semasa berlangsungnya festival itu, Sarah membuat persembahan di hadapan ribuan warga Korea dengan menyanyikan lagu hits daripada penyanyi dangdut terkenal Malaysia Mas Idayu iaitu lagu Senggol senggolan Cubit cubitan.

Yang bestnya Sarah memperkenalkan dirinya dengan menggunakan Bahasa Korea.

Video itu kemudiannya tular di laman Twitter dan rata-rata netizen bangga dengan keberanian Sarah yang menyanyikan lagu berirama dangdut di hadapan warga Korea. Mesti takut kan, yelah sebab diaorang tak faham langsung apa yang sarah tu sebut.

Sumber: Twitter

Wah nyanyi lagu dangdut depan ramai orang Korea macam tu? Memang power lah Sarah ni.

 

Baca: “Untung besar jual sana” – Gara-gara Jennie & Jisoo Blackpink Gila ‘Super Ring’ Viral Gambar Snek Ni Dijual Kat Korea

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Naqiuddin

Hey whatsapp gais. Layan anime tak?