in

“Untung besar jual sana” – Gara-gara Jennie & Jisoo Blackpink Gila ‘Super Ring’, Viral Gambar Snek Ni Dijual Kat Korea

Jennie Jisoo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang ingat tak jajan yang kita suka makan waktu kecil macam Toki, Choki-Choki dan keropok warna oren yang semua orang suka tu, ‘Super Ring’??


Haa bagi korang yang tak tahu, Super Ring ni bukan kita orang Malaysia je yang suka makan tau. Orang Korea pun gila jugak dengan jajan ni! Lagi best bila dapat tau Jennie dengan Jisoo Blackpink ni pun ‘hantu’ Super Ring jugak! 

F03Fe28Eda18Dffa669C3505173C1Ab9
sumber: pinterest

 

Jatuh cinta dengan Super Ring masa singgah 7E kat Malaysia 

Bagi korang yang tak tahu sejarah macam mana Jisoo dan Jennie ni boleh suka Super Ring, katanya mereka berdua terjumpa makanan ringan ni masa singgah di kedai 7Eleven semasa datang ke Malaysia tempoh hari. 

Ketika jumpa snek ni, masing-masing macam histeria lah kejap sebab dorang kata dorang pernah makan Super Ring dekat Singapura dulu dan terus jatuh cinta dengan rasa keju keropok ni!

 

“Snek Kegemaran Jennie dan Jisoo” dijual kat Korea?? 

Disebabkan Jennie dan Jisoo ni famous gila, viral kat Twitter gambar kedai di Korea menjual Super Ring. Wow wow ni another level ni! 

Macam tak percaya pulak bila kat signboard tu dorang tulis, “Snek Kegemaran Jennie dan Jisoo” dan siap tambah lagi, “Snek No.1 Di Malaysia” kat bahagian deskripsi. Bangganya!

Eiiauodu0Aam72Q
Reaksi jisoo bila dapat super ring! | sumber: twitter

 

“Ni kalau aku jual kat sana jugak boleh untung besar siot” 

Rata-rata netizen rasa bangga dan terharu bila melihat keropok Super Ring terjual di Korea hasil penangan dua ahli Blackpink ni. Malah siap ada yang cakap, mujurlah mereka duduk kat Malaysia. Tak perlu bayar sampai RM4.30 untuk dapatkan snek ni.

1,200 won bersamaan dengan RM4.29 ye! 

Cheap
sumber: twitter

Tak sangka Super Ring boleh famous sampai ke Korea ye! 

Baca: “Dia buh bantal ke dalam seluar?” – WOW! Sajat Buat Cover Menari Lagu Blackpink, Ramai Perempuan Tulen Puji!

Jjjat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.