in

Comel! Dari Anjing Jalanan Kini Dijadikan Sebagai Pekerja Di Showroom Hyundai, Siap Ada Tag Nama Sendiri

Gambar Hiasan 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika korang hendak membeli sesuatu di kedai, pasti korang akan mencari pekerja disitu untuk meminta tolong kan? Tapi macam mana kalau pekerja disitu adalah anjing? Haa sudah..Macam mana nak tanya kan? Bukan diorang faham pun.


Jangan terkejut tau kerana perkara itu sememangnya terjadi. Di Brazil seekor anjing yang asalnya hanyalah seekor anjing jalanan dan sering melepak di hadapan bilik pameran kereta itu, kini menjadi ‘seekor pekerja’ di showroom  kereta Hyundai.

Oleh kerana sifat anjing itu yang dikatakan terlalu manja dan friendly dengan pengunjung dan staf, syarikat Hyundai yang terletak di Serra, Brazil itu dengan rela hati untuk mengambil anjing tersebut sebagai pekerja baharu di situ. Wah! Senangnya kau dapat job ye jing…

1 4

3 2

2 2

Anjing yang comel itu dikenali sebagai Tucson Prime turut mempunyai 28 ribu followers di laman Instagramnya. Tucson menjadi bualan hangat di media tempatan selepas berita tentang ‘kerjaya barunya’ itu menjadi viral di laman sosial.

Pihak Hyundai turut berkesempatan untuk meletakkan poster di cermin pintu masuk mereka yang bertulis “Hyundai Love Pets” untuk menunjukkan sifat penyayang yang cuba diterapkan oleh pihak Hyundai itu.

Info tambahan, kalau korang nak tahu, nama anjing tu, sama dengan nama model kereta Hyundai tau!

Baca: “Jenuh nak samak” Comel! Anjing Jiran Terlepas Masuk Rumah, Sempat Main Dalam Kolam

Capture 6

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.