in

Ribuan Hilang Kerja Dalam Masa Singkat, KESUMA Sedia Umum Bantuan Baharu

Perkeso Ft

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam usaha menangani ketidaktentuan pasaran buruh, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bakal memperkenalkan beberapa inisiatif sokongan krisis sempena Hari Pekerja pada 1 Mei ini.

Menteri Kementerian Sumber Manusia, Dato’ Sri Ramanan Ramakrishnan berkata, langkah itu susulan peningkatan kes pemberhentian kerja, dengan 5,900 rakyat Malaysia direkodkan hilang pekerjaan pada Mac lalu, terutamanya di Selangor dan Kuala Lumpur.


Perkeso 1 1

“Inisiatif tersebut bertujuan meningkatkan kebolehpasaran pencari kerja melalui intervensi yang lebih dinamik, termasuklah penambahbaikan kepada Akta 800 (Akta Sistem Insurans Pekerjaan) sedia ada,” katanya.

Tambah beliau, penambahbaikan itu akan memperluas perlindungan sosial serta memudahkan akses kepada program latihan semula dan peningkatan kemahiran.

Artikel berkaitan: PERKESO Salur Sumbangan Lebih RM500,000 Buat Golongan Memerlukan

Artikel berkaitan: 2 Anak Mangsa Tragedi Kebakaran Di Raub Terima Pencen Penakat PERKESO

Perkeso 3

Dalam masa sama, KESUMA turut merancang siri jelajah ke universiti bagi membantu bakal graduan membuat persediaan memasuki pasaran kerja.

Usaha ini turut disokong menerusi penganjuran Karnival Kerjaya Premium MYFutureJobs 2026 di Kuala Lumpur pada 25 hingga 26 April lalu, yang menjadi antara platform utama padanan pekerjaan berpendapatan tinggi.

Perkeso 2

Antara pencapaian setakat ini:

  • 799 individu berjaya memperoleh pekerjaan sepanjang karnival berlangsung;
  • Penempatan termasuk di syarikat seperti KPJ Healthcare, APPAR Technologies, UOS Group dan Habib Group dan;
  • Tawaran gaji antara RM3,000 hingga RM15,000

Mengimbas penganjuran tahun lalu, karnival ini turut mencatatkan prestasi memberangsangkan:

  • Lebih 10,000 pengunjung hadir, termasuk 6,311 pencari kerja;
  • Kadar impak positif mencecah 52% dan
  • Seramai 2,384 individu berjaya mendapat pekerjaan

Terlepas karnival kali ini? Anda masih boleh hadir ke Sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei dan Karnival LINDUNG Kerjaya di Kota Kinabalu pada 9 Mei. Maklumat lanjut serta pendaftaran boleh dibuat menerusi pautan https://myfuturejobs.gov.my/careerfair. 

Sumber: PERKESO

Sumber: PERKESO
Sumber: PERKESO
Sumber: PERKESO

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.