in

“Cinta sampai hujung nyawa” – Suami Meninggal Selang Sejam Selepas Isteri Menghembuskan Nafas Terakhir

A1 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa sangka peneman hidup sepanjang hayat di dunia ini akan pergi dahulu meninggalkan pasangannya. Sudah pasti kesedihan akan membelenggu diri malah merasakan dunia ini seakan gelap seketika.


Inilah yang dialami oleh seorang lelaki dari Katangka, Gowa, Sulawesi Selatan yang terpaksa melihat sendiri pemergian isterinya yang tersayang. Mungkin akibat tidak mampu menahan sebak, lelaki ini kemudiannya menghembuskan nafas terakhir sejam setengah selepas itu.

A 1 9

Semasa kejadian itu, Drs H M Idrus Makkawaru, 76, seorang kiai Nahdlatul Ulama (NU) Bantaeng sempat mengajar isterinya Sitti Saniah, 74 untuk mengucap dua kalimah syahadah.

Sejurus selepas itu, isterinya disahkan meninggal dunia jam 8 malam. Kiai Idrus tidak dapat menahan kesedihan dan menitiskan air mata sehinggakan dia pula menghembuskan nafas terakhir pada 9.30 malam. 

A1 5

Dia seorang yang beragama dan disegani ramai – Muhammad Yunus

Sejarah hidup Kiai Idrus dikongsikan serba sedikit oleh Ketua Kementerian Agama Wilayah Bantaeng, Muhammad Yunus yang mengatakan sepanjang hayatnya, Kiai Idrus seorang yang kuat beribadah dan disegani oleh penduduk setempat.

“Kiai Idrus mampu menghabiskan 10 juzuk al-Quran setiap hari selain sering menyampaikan ceramah di Masjid Tua Bantaeng. Dia juga adalah tokoh agama disegani dengan keperibadian mulia.”

Kedua-dua jenazah telah dikebumikan selepas solat Zuhur di Taman Pemakaman Umum (TPU) Letta, Jalan Dr Ratulangi, pada Isnin lalu, lapor Harian Metro.

 

Sesungguhnya cinta itu adalah perasaan yang wujud untuk kita saling menghargai pasangan kita yang selama ini bersama-sama berkorban untuk membina kehidupan yang harmoni dan bahagia. Jadi, sayangilah mereka sepenuh hati. 

Baca: Suami BertarungDengan Jerung Selepas Lihat Isteri Hampir Dibaham Haiwan Ganas Itu

A2 5

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.