in

Suami ‘Bertarung’ Dengan Jerung Selepas Lihat Isteri Hampir Dibaham Haiwan Ganas Itu

Gambar Hiasan 2 12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang suami di Australia bertukar menjadi seorang ‘hero’ apabila dia dengan beraninya ‘bertarung’ dengan ikan jerung demi menyelamatkan isterinya.

Kejadian itu berlaku di Pantai Shelly, Port Macquarie, Australia, dan pada ketika itu, dia sedang meluncur air bersama isterinya. Menurut BBC, lelaki tersebut terpaksa melepaskan beberapa tumbukan yang bertalu-talu ke arah jerung tersebut sehingga jerung itu melepaskan gigitannya.


1 10

Setelah diselamatkan dan dibawa ke pinggir pantai, wanita tersebut telah dibantu oleh orang awam namun disebabkan oleh kecederaan yang serius, mangsa telah dihantar ke hospital berhampiran kerana telah mengalami kecederaan kaki kanan yang agak serius.

Steven Pearce yang merupakan ketua pasukan penyelamat NSW amat berbangga dengan keberanian yang telah ditunjukkan oleh lelaki tersebut dalam menyelamatkan isterinya daripada seekor jerung putih.

“Lelaki itu dengan berani melompat daripada papan luncur miliknya untuk menyelamatkan isterinya dan melepaskan beberapa tumbukan bertalu-talu kepada jerung tersebut sehingga gigitan itu dilepaskan dan membawa isterinya ke pinggir pantai”

Australian Surfer Punches Shark To Save Wife 1597559873 2963

Pegawai Inspektor Ambulance NSW, Andrew Beverly berkata  bahawa kejadian ini adalah kejadian kali ketiga yang berlaku dalam beberapa bulan yang lalu di kawasan tersebut.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Newcastle untuk melakukan pembedahan dan mangsa kini telah dilaporkan dalam keadaan yang stabil.

 

Baca: Sekali dia ngap, habis kau – [VIDEO] Viral! Penduduk Indonesia Jumpa Ikan Jerung Paus Di Kawasan Perumahan?

1Q

Sumber: 24News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.