in

Cikgu Baik Hati Belikan 55 Pasang Kasut Bata Di Gombak Untuk Murid Miskin Sampai Kedai Tutup

Batatataa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bukan senang sebenarnya nak jadi seorang guru ni. Tugas guru bukan je mendidik pelajar dalam pelajaran tapi cikgu jugak kadang-kadang harus menjaga kebajikan anak murid mereka yang hidup susah dan tak mampu nak miliki kemudahan macam murid lain.


Tapi tindakan cikgu ni admin salute lah sebab dia sanggup membeli 55 buah pasang kasut sekolah baru untuk murid-muridnya yang tidak bernasib baik. Apa yang lebih menarik, kedai kasut Bata yang dikunjungi cikgu tu terpaksa ditutup sementara waktu gara-gara pekerja tak menang tangan nak mencari saiz kasut dan urus pembelian cikgu ni untuk anak muridnya. Fuh dasyatlah!

30412125 1806898209331766 743452550962987590 N
sumber: facebook

Pekerja berpeluh cari saiz dalam stor

Ini apa yang dikongsikan Cikgu Mohd Fadli Salleh di laman Facebook:

“Sampai tutup kedai BATA dekat Ong Tai Kim ni lepas aku masuk nak beli 55 pasang kasut untuk murid miskin, anak yatim dan murid yang kasut koyak. 

“Berpeluh pekerja berdua tu cari saiz dalam stor. Kena ambil tiga patterns berlainan sebab tak cukup stok jika ambil sejenis saja.” 

Malah lebih terharu, kasut yang dibeli tu hasil wang sumbangan yang dikumpul Fadli melalui program #DanaKITA. Kesemua kasut tu akan diberikan kepada murid-murid tak lama lagi katanya.

101810Zyhwp6Jnznyi7Ndn
sumber: facebook

Netizen puji usaha murni Cikgu Fadli

Usaha murni Cikgu Fadli telah mendapat pujian para netizen yang rata-rata ucap terima kasih kerana sanggup bantu anak yatim, murid miskin dan mereka yang memerlukan di sekolah tempat cikgu ni mengajar. Rezeki budak-budak ni dapat kasut baru daripada cikgu yang baik hati! 

101305Pvccpwbcrcwyvvtc
sumber: facebook

Malah kunjungan Cikgu Fadli di pasaraya Ong Tai Kim dekat Gombak tu jugak mengimbau kembali kenangan netizen yang pernah membeli barang di situ. Katanya, kalau jumpa dengan tauke boleh dapat diskaun! Alamak sayang betul tak dapat jumpa taukenya kan. 

101348Zmottqct0F9C62G1
sumber: facebook

Syukurlah masih ada golongan seperti Cikgu Fadli ni yang prihatin akan murid yang dihimpit kemisikinan. Bantuan-bantuan kecil macam nilah yang buat sesetengah murid lebih bersemangat untuk mengecapi kejayaan dalam pelajaran. Tahniah Cikgu Fadli kerana jadi pendidik yang cemerlang.

Tenor 1

Seronoknya murid-murid tu dapat kasut baru! 

Baca: Kisah Dua Beradik Tak Reti Pakai Tudung dan Hyperaktif Ini Buat Guru Sebak Lepas Dapat Tahu…

Fadli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.