Challenge Terbaru, Letak Lipas Atas Muka! Korang Berani Buat?

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Zaman sekarang ni bermacam-macam jenis challenge ada. Lepas tu semua nak join juga challenge tu kan? Antara yang famous ada kiki challenge, mannequin challenge, tarian whip and nae ane challenge, gangnam style challenge dan macam macam lagi.

Tapi challenge paling terbaru dekat internet sekarang memang menjijikkan! Ramai dah mula join letak lipas atas muka dipanggil cockroach challenge! Ewwwwww kotorlahhhh…

Semuanya bermula dari seorang pengguna Facebook, Alex Aung yang upload selfie dengan lipas atas muka dia pada 20 April lalu. Lepas tu, dia letak caption,

New challenge, can you do this?”


Gambar tu terus jadi viral dan tanpa disangka-sangka memang ramai yang join challenge tu terutamanya golongan remaja. Sambil lipas merayap atas muka tu, dorang selamba je selfie. Lagi jijik, ada yang letak lebih daripada seekor lipas!

Sumber: Facebook

Rupanya, challenge menggelikan ni dah tersebar sampai ke Myanmar, Filipina serta Indonesia dan ramai remaja seronok dan rasa gembira dapat join challenge ni. Busuk kot lipas tu, tak rasa geli ke weh?

Sumber: Facebook

Dalam pada ramai yang terkejar-kejar nak ikut trend join challenge ni, ramai juga netizen yang berasa jijik dan rasa challenge ni bodoh disebabkan lipas adalah haiwan yang kotor. Betul tu!

Korang rasa korang nak join ke challenge ni?

Baca: “Habauuu..geli geleman aku dibuatnya!”- Fenomena Baru ‘Taik Challenge’ Di Media Sosial…Yuckss!

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!