Seorang pembaca berita berusia 27 tahun dari Vietnam dilaporkan teruk dibelasah suaminya baru-baru ini. Menurut Asia One, satu video rakaman CCTV viral menunjukkan Vu Thi Thu Ly dipukul oleh suaminya, Nguyen Xuan Vinh, 32 tahun.
Kejadian itu berlaku di kediaman mereka dan video tersebut mendapat perhatian ramai netizen kerana tindakan suaminya yang juga seorang guru seni mempertahankan diri tergamak membelasah Ly meskipun dia sedang mendukung anak mereka berusia 2 bulan.
Vinh dikatakan mengamuk selepas set TV dia dialihkan ke bilik lain. Dalam video berdurasi 2 minit 30 saat tu, boleh nampak mereka bertengkar dan ulang alik keluar masuk bilik. Ly malah nampak sangat takut dan cuba mengelak daripada suami dia. Lepas tu, waktu dalam bilik Vinh pusingkan badan sebelum terajang Ly.
Tapi dia tak berhenti di situ, bila dah keluar bilik, dia sambung pukul muka Ly sampai terjatuh sambil mendukung anak mereka tu. Walaupun dari awal ada seorang wanita memakai baju dan seluar hitam di rumah tu, tapi dia langsung tidak membantu meleraikan pergaduhan atau cuba tahan Vinh daripada pukul isterinya.
Bagaimanapun tidak dinyatakan identiti wanita berbaju hitam itu sama ada dia merupakan orang gaji atau pun salah seorang ahli keluarga mereka. Ly kemudian pergi mendapatkan rawatan di hospital terdekat.
Video itu mendapat perhatian ramai warganet yang menganggap Vinh sangat kejam dan seorang bapa yang teruk sebab tunjuk keganasan depan anak-anak. Memang pun!

Tonton video di bawah:
https://youtu.be/UY7v5SpYP1g
Eh sakitnya hati tengok video tu!