in

C*bul 5 Wanita Dalam LRT, Warga Bangladesh Dipenjara 6 Bulan & Denda RM15,100

Ft Warga Bangladesh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tindakan seorang buruh warga Bangladesh yang mencabul lima orang wanita di tiga stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) di Kuala Lumpur membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan dan denda RM15,100 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam.

Tertuduh, Md Romjan Ali, 41, dikenakan hukuman itu selepas dia mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang dibacakan di empat mahkamah berasingan di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin, Faezahnoor Hasan, Nurul Izzah Hasan Basri dan Farah Nabihah Muhamad Dan.


Artikel berkaitan: Pegawai Tentera Didakwa Jadi Punca Kem*tian ‘Content Creator’ Warga Bangladesh Di Lebuhraya MEX

Artikel berkaitan: Tular Video Lelaki Tabik Hormat Struktur Mirip Bendera Bangladesh Di Bukit Bintang, DBKL Beri Respon

Tertuduh bakal dipenjara selama 16 bulan seandainya gagal membayar denda itu.

Berdasarkan kesemua pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat ingin mencabul kehormatan lima wanita antara 21 dan 28 tahun yang terdiri daripada warga Jerman dan empat wanita warga tempatan.

688132810 1489293439905423 1670459840531295874 N

Perbuatan jijik itu dilakukan di laluan pejalan kaki stesen LRT Chan Sow Lin, kawasan stesen MRT Maluri dan dalam tren dari stesen MRT Taman Midah ke Muzium Negara antara 10 dan 25 April lalu.

Setiap pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebatan atau kedua-duanya sekali sekiranya didapati bersalah.

Ketika prosiding, peguam yang mewakili tertuduh, T Chandrasegaran merayu agar anak guamnya yang direman hampir seminggu itu dikenakan denda yang minimum kerana sudah insaf dan berjanji untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama.

689513016 1489293426572091 2246410724034911354 N

“Sebelum ini, dia bekerja di tapak pembinaan dan menanggung keluarganya di negara asal.”

Walau bagaimanapun, pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Hench Goh, Nurainizatul Farhana Zainal dan Nur Farhana Mohamad Poad serta Pegawai Pendakwa, Inspektor M Alli Nangai dan Inspektor M Naresh Kumar memberikan cadangan supaya tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.

690650247 1489293459905421 1652556499935060364 N

Namun, mahkamah berkata bahawa pihak mereka harus mengambil kira kepentingan awam melebihi kepentingan tertuduh.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.