in

Tular Video Lelaki Tabik Hormat Struktur Mirip Bendera Bangladesh Di Bukit Bintang, DBKL Beri Respon

Bendera Bangladesh Bukit Bintang Dbkl

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan struktur yang kelihatan seperti ‘tugu’ yang dicat menyerupai bendera Bangladesh di Bukit Bintang.

Sehubungan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tampil memberi kenyataan susulan penularan video terbabit yang mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.


DBKL dalam satu hantaran di Facebook berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan pada Ahad (26 April) di sekitar Jalan Berangan, Bukit Bintang dan mendapati tiada sebarang struktur yang melambangkan bendera Bangladesh seperti yang tular di media sosial.

Dalam gambar yang dikongsikan, keadaan tapak bersih dan objek terbabit sudah tidak kelihatan.

Artikel berkaitan: “#JusticeForMuzahid” – Netizen Bangladesh Tuntut Keadilan Kematian Pempengaruh Dil*nggar Pemandu Mabuk Di MEX

Artikel berkaitan: “Warga tempatan kena mohon permit” – Rakyat Malaysia Bengang Tengok ‘Tourist’ Busking Dekat KL

Terdahulu, video yang berdurasi 40 saat itu memaparkan beberapa warga asing melalui dan dan berkeliaran di sekitar ‘tugu’ yang dicat berwarna hijau dengan bulatan merah itu.

Malah, seorang lelaki yang disyaki warga asing dilihat mengelap ‘tugu’ tersebut sebelum memberi tabik hormat di hadapan objek itu.

Netizen mempersoalkan kewujudan objek berkenaan di lokasi tumpuan awam yang terkenal sebagai antara pusat pelancongan di ibu negara.

Netizen berpendapat, kehadiran objek itu menimbulkan sensitiviti dalam kalangan masyarakat selain menggesa pihak berkuasa menyiasat motif pemasangan objek terbabit.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.