Kematian seseorang adalah perkara yang perit untuk diterima bagi setiap orang tambah-tambah bila ianya terjadi pada ahli keluarga sendiri.
Hal yang sama terjadi pada suami seorang pendakwah terkenal iaitu Mohd Khairul Azman Md Daud yang kehilangan isterinya bernama Shaddiya Abbas.
Di percayai Allahyarham Syaddiya Abbas meninggal Ahad lepas akibat sesak nafas susulan selepas kemalangan yang menimpa dirinya bersama keluarga.
Mohd Khairul telah berkongsikan cerita detik indah sewaktu menguruskan jenazah isterinya di laman Facebook hari ini, lapor Mstar
Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan bidadari saya ” – Mohd Khairul
Sewaktu memandikan jenazah anak perempuan dan lelakinya tidak melepaskan peluang untuk menyentuh ibu mereka buat kali terakhir.
Tambahnya lagi dia bersyukur dapat menjadi imam ketika solat jenazah isterinya dilakukan.
Sayang.. Abg imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai makmum, tapi kali ini sayang di depan abg. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah.
Dia turut berkongsikan detik ketika melihat liang lahad isterinya begitu indah dan cantik serta dia redha atas pemergian isterinya.
Perkara itu diakui oleh penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah yang mendakwa liang lahad tempat isterinya itu paling cantik yang pernah mereka lihat.
Sayang..damailah engkau di sana, abg redha dengan pemergiaanmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. Insyaallah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.
Ya Rabb..rahmati arwah
Semoga Arwah diampuni, dirahmati dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.
Begitu tabahnya hati sang suami yang redha atas pemergian isteri tercinta.
Baca; “Masjid bukan bank” – Penceramah Selebriti Kenakan Caj Hingga RM40,000 Untuk Program Agama