Seorang penceramah dari Jawa Barat tampil memohon maaf selepas kenyataannya dalam ceramah baru-baru ini mengundang kontroversi.
Malah dalam ceramah Mama Ghufron itu turut mengandungi kandungan pelik antaranya dia mendakwa boleh bercakap dengan malaikat, serta boleh berkomunikasi dengan semut.
Artikel berkaitan : Penceramah Bebas Popular Kena Tahan Polis Disyaki Rogol Remaja
Artikel berkaitan : Sultan Johor Titah Pecat AJK Masjid & Surau Jika Benarkan Penceramah Tiada Tauliah Beri Ceramah
Permohonan maaf itu dibuat menerusi sebuah saluran YouTube dipercayai diadakan di Pesantren Uniq Nusantara Pancasila di tempat dia mengajar.
Menerusi klip yang berdurasi 2 minit 19 saat itu, Mama Ghufron yang didampingi oleh tiga individu lain menyampaikan permohonan maaf secara rasmi kepada masyarakat.
“Saya dari Pondok Pesantren Uniq Nusantara Pancasila mohon maaf yang sebesar-besarnya, atas klip kontroversi ceramah saya sebelum ini,” kata Abuya Mama Ghufron atau nama sebenarnya Muhammad Abdul Ghufron Al Bantani pada Jumaat.
Susulan kontroversi berkenaan, Majlis Ulama Indonesia (MUI) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya akan sentiasa melakukan pemantauan dan akan memperhalusi secara mendalam berhubung ceramah kontroversi lelaki tersebut.
Sumber : Sinar Harian