Hakikatnya, kehilangan orang tersayang selama-lamanya memang tak boleh digambarkan sama sekali. Bak kata orang, perginya insan istimewa ini boleh ‘gelap’ satu dunia.
Suami menangis lepas tahu isteri meninggal dunia
Menerusi hantaran oleh @kelincii_putih, suami tergamam setelah diberitahu bahawa isterinya sudah meninggal dunia 14 hari yang lalu. Berita sedih itu disampaikan oleh anak-anak ketika mereka sekeluarga berkumpul bersama-sama.
Dalam video tersebut, kelihatan bapa tersebut memandang sekeliling mencari kelibat isteri kesayangan sambil dadanya diusap oleh anak perempuan setelah diberitahu tentang berita duka itu.
Artikel berkaitan: Lelaki Meraung Dapat Berita Ibu Meninggal Dunia, Pesan Jangan ‘Silent’Telefon Ketika Kerja
Artikel berkaitan: “Pergi berdua, pulang seorang” – Ayah Meninggal Dunia Di Tanah Suci, Ibu Pulang Seorang Dari Haji Undang Sebak Ramai
Menurut pemilik video, ketika bapanya menunaikan ibadah di Makkah bersama anak bongsu, ibunya sakit sehingga perlu mendapatkan rawatan di hospital. Risau kesihatan bapa mereka semakin merosot di tanah suci, anak-anak mengambil keputusan untuk mengunci mulut mereka sehinggalah si bapa pulang semula ke tanah air.
Pada asalnya, si bapa dan ibu sepatutnya pergi ke Makkah namun atas faktor kesihatan, si ibu tidak dapat mengerjakan ibadah bersama-sama.
Mama 2 tahun lalu kena strok ringan, terus malam itu tiba-tiba drop lagi, terus masuk hospital.
@kelincii_putih 14 hari kepergian mama,bapa baru dikasih tau setelah sampai dari tanah suci mekah alfatihah
Sempat minta belikan telekung
Walaupun tidak direzekikan untuk pergi ke tanah suci, si ibu ada meminta suaminya membeli telekung putih bermotifkan bunga berwarna coklat untuk solat bersama-sama setelah pulang.
Hanya telekung putih bermotifkan bunag coklat yang sudah dibawakan untuk isteri tercinta, walaupun akhirnya tak dapat solat bersama-sama.
Semasa di tanah suci, bapa mereka ada bertanya mengenai si ibu namun, anak-anak hanya memberitahu ibu mereka sihat sahaja di rumah.
(Bapa) cari, cuma kami beritahu ibu sihat sahaja di rumah.. bapa tak guna telefon semasa berangkat di tanah suci.
Kisah dari negara seberang ini telah membuatkan ramai netizen sedih dan mereka turut mendoakan keluarga tersebut di ruangan komen.
Sedih tengok video tu…
Sumber: TikTok