“Masjid bukan bank”- Penceramah Selebriti Kenakan Caj Hingga RM40,000 Untuk Program Agama

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Terkejut bila dengar ada penceramah selebriti di negara ini meletakkan caj sehingga RM40,000 hanya sebab mereka dah ada nama selain sering muncul pada program agama di televisyen, radio dan media sosial.

Memetik Harian Metro, sebagai contoh bagi slot selama lebih kurang sejam, jumlah yang diminta antara RM3,000 ke atas.

 

Sebab dah selalu keluar televisyen, radio dan media sosial so letakkan caj tinggi?

Gambar hiasan

Lebih membimbangkan rupa-rupanya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dah terima banyak aduan yang serupa dari orang ramai berhubung isu sama sejak kira-kira lima tahun lalu.

So kerana populariti yang diraih, ada penceramah terkenal yang tetapkan harga terlalu tinggi sehingga menimbulkan tanda tanya kepada penganjur.

Kalau kita tengok, jumlah yang diminta seperti tidak masuk akal. Kita terima aduan, untuk kuliah selepas solat fardu, caj dikenakan sampai RM3,000 kononnya mereka ada nama, selalu keluar program televisyen dan radio.

“Mereka ini diberi kelebihan ilmu agama tetapi hari ini ada yang menjadikan itu sebagai batu loncatan untuk hidup senang. Bukan semua, tetapi kita terima aduan dan ini tidak sepatutnya berlaku, ia boleh jadi fitnah kepada agama,”Penasihat Agama dan Media PPIM, Datuk Tuan Asmawi Tuan Umar

Bukan itu sahaja, ada juga ‘spesis’ penceramah seperti ini yang menjadikan masjid di sesetengah lokasi terutamanya Lembah Klang membiayai kos jemputan mereka dengan harga yang tidak masuk akal.

 

Masjid catat kutipan tabung tinggi, so penceramah kenakan caj tak masuk akal?

Gambar hiasan

Meskipun ada sesetengah masjid yang mencatatkan kutipan tinggi, namun ia bukan tiket untuk ‘penceramah terkenal’ ini kenakan harga tak masuk akal.

Masjid ini bukan bank. Ada yang memberi pandangan artis boleh terima bayaran tinggi, tetapi kenapa ustaz tidak.

“Bezanya adalah, kebanyakan persembahan artis ada penaja, sedangkan ceramah agama dan kuliah pengajian menggunakan tabung masjid hasil sumbangan jemaah,”

 

“Jumlah tersebut adalah berpatutan kerana penganjur juga perlu mengambil kira beberapa faktor…”-Ustaz Abdullah Khairi

Sumber: instagram

Namun berbeza pula pandangan dari seorang pendakwah, Ustaz Abdullah Khairi yang berpendapat jumlah tersebut adalah berpatutan kerana penganjur juga perlu mengambil kira beberapa faktor seperti tambang penerbangan, hotel serta perkhidmatan e-hailing yang digunakan untuk menjayakan sesuatu program,  lapor Harian Metro

Malah katanya lagi jumlah itu juga berbeza bagi setiap penceramah contohnya penceramah yang mempunyai sekolah untuk dibiaya sepertinya, akan gunakan wang tersebut untuk menampung keperluan menyiapkan kompleks maahad tahfiz serta kos operasi.

“Katakan satu program atau kuliah diadakan di tempat yang jauh, takkan nak terima bayaran RM200. Kita ada kos juga. Itu semua perlu diambil kira, walaupun berdakwah dan menyampaikan ilmu, kena tengok juga.

“Macam saya dan Ustaz Kazim, kami ada sekolah yang perlukan dana. Jadi sudah tentu kami tetapkan harga tertentu kerana ia akan digunakan untuk sekolah juga.

“Ada sesetengah program ada penonton terlalu ramai dan kutip derma. Jumlah kutipan sudah balik modal dan ada untung lagi.

“Bagaimanapun, ia terpulang kepada penganjur sama ada bersetuju atau tidak. Jika tidak mahu, mereka boleh cari penceramah lain,”

 

Hurm penulis faham kalau penceramah ni kenakan caj tertentu, tapi takkan lah sampai puluh-puluh ribu? Hurm…

Baca : Indonesia guna khidmat toyol untuk curi bola- Ustaz Tunjukkan Jelmaan HijauDalam Kalangan Penyokong Indonesia

 

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.