Buli Dan Paksa Junior Merok*k, Pelajar Tingkatan 5 Ditahan Polis

Tambah ke Sumber Pilihan
Buli Dan Paksa Junior Merok*k, Pelajar Tingkatan 5 Ditahan Polis

Seorang pelajar lelaki tingkatan 5 ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam insiden buli terhadap seorang pelajar tingkatan 1 di asrama sebuah sekolah di Bentong, Rabu lalu.

Suspek berusia 17 tahun itu ditahan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong susulan laporan yang dibuat oleh keluarga mangsa pada hari kejadian.


Siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira tengah malam di tandas asrama apabila mangsa didakwa dipaksa menghisap rokok.

Namun, selepas enggan menurut arahan tersebut, mangsa dipercayai didera menggunakan puntung rokok oleh pelajar tingkatan 5 itu.

Screenshot 2026 02 14 At 10.43.27 Am
Gambar Hiasan

Artikel berkaitan: YDPA Berkenan Tandatangan Akta Antibuli 2026

Artikel berkaitan: Murid Tahun 4 Ditemui M*ut Di Sekolah, Polis Klasifikasi Sebagai Kes Buli

Mangsa kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada warden asrama sebelum dibawa ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan pada bahagian dada serta kecederaan tisu lembut, selain kesan lecur akibat puntung rokok pada tubuhnya.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Sumber: Astro Awani

Apa rasa korang?

Topik berkaitan

Fahmy Rosli
Lagi tulisan Fahmy
Seorang Chef, pendengar muzik indie tanah air dan peminat tegar Kugiran Hujan. Optimis dan berwawasan. Motto hidup; “Mana ada perjuangan yang patah”.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.
Newsletter
Kami hanya guna e-mel anda untuk surat berita kami.

Reels

Rehat kejap. Leret, tonton, gelak.

Jangan terlepas cerita panas.

Dapatkan cerita pilihan kami terus ke e-mel anda.

Percuma

Lobak Merah

Cerita pilihan kami

  1. Bunyi Penggera Kecemasan Terus Ke Telefon, Rupanya Ini Teknologi Di Sebalik Tabir MySiren
  2. “Asyik Genting dengan Cameron je” – Ini 9 Tempat Percutian Sejuk Yang Ada Di Malaysia
  3. Tandas Pun Boleh Menang Anugerah? Ini Yang Menarik Tentang PETRONAS Presint 18!
Dengar

Masuk ke Lobak Merah

Akaun pembaca Lobak Merah dibuka tak lama lagi. Nanti korang boleh simpan cerita yang korang suka dan sambung baca bila-bila masa.

Kongsi cerita ni

Buli Dan Paksa Junior Merok*k, Pelajar Tingkatan 5 Ditahan Polis
Facebook X Telegram Threads
lobakmerah.com/buli-paksa-junior-merokok-pelajar-tingkatan-5-ditahan-polis/

Cari cerita

Carian tengah naik

  1. anwar ibrahim
  2. kementerian digital
  3. najib razak
  4. PDRM