in

“Bukannya diaorang yg makan kelawar” – Kucing & Anjing Dicampak Dari TIngkap Apartment Sebab Tuan Takut Ada Coronavirus?

Corona6

Baru sahaja kitaorang kongsikan pasal info daripada pakar virus berkenaan dengan haiwan juga berpotensi kena jangkitan, terus muncul satu berita yang membuatkan netizen tak senang duduk sebab bengang sangat.

 

Campak haiwan peliharaan sebab takut ada Coronavirus

Satu perkongsian yang tengah viral sekarang menunjukkan foto menyayat hati anjing dan kucing peliharaan telah dicampak sendiri oleh tuannya dari tingkap apartmennya yang tinggi.

Dikhabarkan, tujuan mereka melakukannya itu kerana bimbang jika haiwan peliharaannya itu terkena Coronavirus yang sedang digeruni ini. Difahamkan, kejadian ini berlaku di China.

Epjmvj0Waaiqajp 1 Epjmvj1Xkaaipdr 1 Epjmvj3X4Aaeqqg 1

Epjmvj3Xsaaeed5

Netizen jadi bengang dengan sikap kejam tuan kepada haiwan ini. Hanya disebabkan bimbang, terus buat andaian sendiri dengan melakukan perkara terkutuk ini.

 

Aku doakan siapa yang campak ni memang mati kena coronavirus – Netizen

Corona 6 Corona2 Corona3 Corona4 Corona5

 

Kesahihan berita ini masih belum dapat dikenalpasti lagi kerana ada netizen dakwa ia macam tak logik melihat haiwan dicampak dari tingkat tinggi tapi nampak macam tak apa-apa. Andaikata betul, memang kejam lah pernagai tuan tu, andaikata tak betul harap dapatlah tanam kucing tu dengan cara elok.

 

Baca : “Kena kuarantin haiwan pulak? –  Pakar Virus Dakwa Coronavirus Boleh Jangkiti Haiwan Belaan, Bukan Manusia Je!

Kucing 1