in

“Kena kuarantin haiwan pulak?” – Pakar Virus Dakwa Coronavirus Boleh Jangkiti Haiwan Belaan, Bukan Manusia Je!

Sad Cat

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak sayang haiwan peliharaan masing-masing kan? Baik kucing ke atau anjing ke (bagi yang bukan Islam), mesti korang nak mereka sihat dari sebarang penyakit.


Tapi tahukah korang yang wabak coronavirus yang sedang hangat diperkatakan ni sebenarnya boleh jugak menjangkiti haiwan kesayangan korang tu, lapor WORLD OF BUZZ. OMG! 

Giphy 1

 

Coronavirus bukan saja disebarkan antara manusia, tapi kepada haiwan mamalia juga

Menurut seorang pakar epidemiologis dan ahli fizik, Li Lanjuan yang juga ahli kepada National Health Commission China, wabak coronavirus ini bukan saja boleh tersebar antara sesama manusia tetapi, secara general kepada haiwan mamalia juga. 

Dan korang pun dah boleh agak kan, haiwan mamalia ni termasuklah haiwan kesayangan kita seperti kucing dan anjing.

Giphy 1 1

 

“Pemilik haiwan peliharaan kena jaga, kuarantin pet kesayangan…” 

Dalam satu tembual dalam siaran TV China, CCTV, Li berkata,

“Pemilik kena lebih tegas dalam uruskan haiwan peliharaan. Kalau haiwan peliharaan terdedah kepada wabak dan pesakit ini, mereka juga harus dikuarantinkan,” katanya.

sumber: wob

Walau bagaimanapun, WHO pada 28 Januari lepas berkata, sehingga setakat ini masih tidak jelas lagi sama ada Wuhan coronavirus ni “ada apa-apa implikasi terhadap haiwan dan belum ada lagi apa-apa laporan mengenai kejadian ini berlaku pada mana-mana spesis”.

Setakat ni, memang tak ada kes lagilah yang haiwan peliharaan terkena wabak tersebut. Pun begitu, pemilik haiwan peliharaan ni diingatkan supaya menjaga haiwan kesayangan korang di rumah buat sementara waktu dan limit kan waktu berada di luar untuk mengelakkan mereka terkena wabak ini. 

Apa-apapun kita doakanlah semoga benda ni tak berlaku sebab bila dah tersebar kepada haiwan, memang susahlah kes ini nak dibendung. 

Baca: “Kantoi busuk je” – Pesakit Coronavirus Takut Nak Report Travel History Sebab Tak Nak Bini Tahu Ada Perempuan Lain

Wuhan2 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.