Sejak iPhone 11 ini mula dilancarkan, ramai yang tergila-gilakan dengan telefon pintar tersebut, kalau sekarang ini siapa yang dah dapat pasti orang akan memberikan tumpuan dengannya.
Misalnya macam tengah viral yang Anaz kongsikan ini, saat kamera tumpukan perhatian dekat kawannya Amsyar Naaif Shahmaruddin, 24, dia terus tayang iPhone 11 Pro dia.
Korang kalau beli iPhone 11 Pro jangan buat perangai macam ni tau. Memalukan”
https://twitter.com/annazrulan/status/1181219682788888576?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1181219682788888576&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.worldofbuzz.com%2Fi-bought-it-myself-says-graduate-to-haters-who-condemned-him-for-using-iphone-11-pro%2F
Bagaimanapun caption yang ditulis dalam post video yang meraih lebih daripada 1,700 perkongsian itu hanyalah sekadar gurauan dan dia sendiri tak sangka boleh viral.
Video tu menular disebabkan ramai yang tak senang melihat karenah Amsyar tu, sampai ada yang kata dia ni berlagak pakai duit PTPTN. Ia terus merebak dari Twitter ke Facebook.
Dah la beli guna PTPTN – Netizen
Bagaimanapun Harian Metro telah menghubungi Amsyar untuk mendapatkan respon tersebut. Amsyar hanya tergelak kecil dan menjelaskan segala tuduhan dan tohmahan yang didakwa netizen itu tidak benar.
Katanya dia dapatkan barang itu melalui hasil titik peluhnya sendiri, ia merupakan hasil kumpul duit daripada kerja sampingan semasa dia belajar sampai sekarang.
“Siapa tidak bangga? Saya meraih pendapatan sampingan hanya menggunakan platform Instagram sendiri, malah banyak kali saya melakukan kerja sebagai jurufoto”
Amsyar yang menuntut jurusan Keselamatan Maklumat di sebuah universiti sejak 2017 akui dia banyak terima tawaran daripada jenama terkemuka.
Malah dia juga telah meraih pekerjaan di sebuah syarikat minyak dan gas di Kuala Lumpur. Manakala menerusi dakwaan yang dia menggunakan duit PTPTN itu sama sekali tidak benar kerana Amsyar bukan peminjam dari perbadanan tersebut.