in

“Bukan laki je yang panjat, pompuan pun ikut sekali” – [VIDEO] Rakyat Indo Sanggup Panjat Pagar Masjid Untuk Solat Terawih Berjemaah

Combine Jemaah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bulan Ramadhan dah pun tiba dan hari ini merupakan hari kelima umat Islam menjalankan ibadah puasa. Seperti tahun sebelum ini, solat terawih akan dibuat secara berjemaah di masjid, namun berikutan pandemik Covid-19 ini ibadah solat terawih berjemaah di masjid tidak digalakkan bagi mengelak penularan wabak ini.


Oleh itu, orang ramai dinasihatkan untuk menunaikan ibadah tersebut di rumah bersama keluarga.

Namun, apa yang terjadi di Parepare, Indonesia dimana penduduk di sana tetap juga nak pergi ke masjid untuk solat terawih. Apa yang lebih mengejutkan mereka sanggup memanjat pagar masjid supaya dapat masuk untuk solat di dalam, lapor Kompas.

“Kami tidak melarang beribadah, namun untuk berkumpul atau menjaga jarak harus tetap dilaksanakan agar menjaga penyebaran virus corona.”

Korang boleh tengok video tu kat sini

Namun, hal itu tetap tak diendahkan oleh masyarakat di situ.

Terawih 4

Bukan sahaja jemaah lelaki yang panjat pagar untuk masuk dalam masjid malah jemaah perempuan juga turut ikut sama.

Terawih 2

Pihak masjid juga turut mengingatkan supaya jemaah tetap beribadah di rumah sehingga pandemik ini berakhir.

Walau bagaimanapun, pihak masjid telah membuat insiatif dengan menyediakan face mask kepada jemaah yang tidak memiliknya, check suhu badan sebelum masuk ke masjid dan menyediakan bilik pembasmian kuman untuk jemaah.

Terawih 5

Pergerakan ini dijaga oleh pihak berkuasa dan akhirnya para jemaah hanya solat isya di masjid. Untuk solat terawih mereka diarahkan untuk pulang dan menunaikannnya di rumah.

Hmm… Untuk kebaikan better ikut je apa yang pihak berkuasa sarankan. 

Baca : Ribuan Jemaah Di Banda Aceh Penuhi Masjid Untuk Terawih, Di Tengah Kebimbangan Covid-19

Terawih

 

Sumber: CNN
Sumber: CNN
Sumber: CNN

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.