Datanglah sudah bulan Ramadhan yang dinanti-nanti. Namun, ia disambut dengan suasana suram kerana hampir kebanyakan negara-negara Islam kini melarang aktiviti berbuka puasa beramai-ramai dan melakukan solat terawih berjemaah di masjid mahupun surau.
Semuanya dibayangi kebimbangan penularan jangkitan berbahaya COVID-19.
Malaysia antara negara yang melaksanakan perintah larangan tersebut. Begitu juga Indonesia, namun yang sebaliknya dilapor terjadi di Banda Aceh — apabila ribuan jemaah membanjiri Masjid Raya Baiturrahman untuk melaksanakan solat terawih pertama Ramadhan kali ini.
CNN Indonesia melaporkan, situasi di masjid dilihat padat dengan kehadiran jemaah yang kebanyakannya hadir tanpa memakai topeng penutup muka dan hidung serta tidak mengamalkan penjarakkan sosial.
VIDEO: Several thousand worshippers in Indonesia's conservative Aceh province hold prayers at the Baiturrahman Grand Mosque on the eve of Ramadan. The government advised people to pray at home over coronavirus concerns — advice rejected by Aceh’s top islamic organisation pic.twitter.com/6xjAQKESFk
— AFP News Agency (@AFP) April 24, 2020
Shalat Tarawih malam pertama Ramadhan 1441 Hijriah, di Masjid Raya Baiturrahman Banda Aceh pic.twitter.com/dzoEz6ZedC
— ORI (@MSApunya) April 24, 2020
Meskipun kesepakatan dalam Majlis Ulama Indonesia telah dicapai untuk mengenakan larangan terhadap solat terawih di masjid, namun Majlis Permusyawaratan Ulama Aceh pula berpendapat ibadah itu masih boleh dilakukan selagi Aceh belum dikategorikan sebagai zon merah.
Tindakan itu mengundang kebimbangan pakar perubatan dari Ikatan Dokter Indonesia wilayah Aceh, yang khuatir mengenai risiko penularan COVID-19 dalam kalangan jemaah — dan perkara itu hanya menunggu waktu untuk tercetus.
Netizen dalam pada itu, menyuarakan rasa kurang senang mereka mengenai tindakan tersebut.
Apa pun, semoga kita sentiasa mengambil iktibar daripada negara-negara yang telah lumpuh dilanda penularan wabak COVID-19 dengan begitu teruk sekali — dan bersama-sama melaksanakan tanggungjawab mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan demi keselamatan seluruh rakyat Malaysia.
Baca: “Degilnya ya ampun” – Jemaah Di Kalimantan Selatan Rempuh Pagar Masjid Sebab Nak Solat Jumaat