in

Bukan Kereta Je, Motor Pun Boleh Kena ‘Clamp’ Tau!

Clamp

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau dulu kereta yang parking merata je kena clamp, sekarang motor yang parkir sesuka hati pun kena clamp jugak tau!

Menurut Utusan, sekarang ni Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan membuat penundaan ke atas motosikal yang diletakkan secara haram di kawasan komersial sekitar Subang Jaya dan Bandar Sunway.


11 3
sumber: utusan
12
sumber: utusan

Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan menjelaskan bahawa ini bertujuan supaya pengurusan lalu lintas lebih teratur dan sistematik. Tindakan mengapit atau clamp ni dilakukan kepada mana-mana motosikal yang menyebabkan halangan.

Antara kesalahan yang sering dilakukan orang ramai adalah menghalang petak letak kenderaan, petak sewa khas, pili bomba, petak orang kelainan upaya (OKU) dan kawasan bahagian siar kaki.

“Alat kunci ini diilhamkan MPSJ sendiri, tindakan penguatkuasaan ini ditumpukan di kawasan yang banyak aduan dan kritikal.”

13
sumber: utusan
14
sumber: utusan

“Pemilik motosikal yang didapati melanggar peraturan akan dikenakan tindakan di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukkan Tempat Letak Kereta) MPSJ 2007 (pindaan 2015) yang mana kenderaan mereka akan dikapit dan notis tawaran kompaun akan dikenakan.”

“Caj sebanyak RM30 meliputi kos kapit RM5, notis tawaran kompaun RM20 dan caj perkhidmatan RM5 akan dikenakan kepada pesalah terbabit.”

47E4
sumber: twitter
5C55
sumber: twitter

Bila dah ada caj macam ni mesti ada yang cuba-cuba nak bukak sendiri clamp tu nanti, betul tak? Tapi kalau cuba nak buka sendiri, korang boleh dikenakan tindakan di bawah kesalahan vandalisme dan denda hingga RM1,000 tau! Banyak tu!

Jadi sentiasalah berhati-hati dan mengikut peraturan ketika menaiki kenderaan demi keselamatan diri dan orang tersayang. Lagi satu, nanti tak pasal-pasal duit melayang!

Baca: Orang Ramai Herdik Pegawai MBPP Kerana Clamp Kereta Wanita yang Bawa Ibu OKU

Ok 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.