in

“Bukan dia sorang je kat situ…” – Lelaki Dukung Batu Nisan Atas Kereta Terbakar, Ada Yang Nampak ‘Makhluk’ Lain!

Page 28

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini pernah viral di laman sosial berkenaan seorang lelaki misteri yang berjalan di tepi lebuh raya sambil memegang batu nisan. Dikatakan identiti lelaki misteri ini masih lagi belum dapat dikenal pasti sebelum kini.


Baru-baru ini tular lagi di laman Tiktok tentang lelaki yang sama berdiri di sebuah kereta yang sudah terbakar di tepi jalan. Lelaki tersebut masih lagi dilihat mendukung sebuah batu nisan seakan-akan sedang mendodoi seorang bayi. Aduh, seramnya dengar!

@bu4y4gebu

Seram Nya..Dia kena Rasuk ker?Area Jalan naik genting selepas check point pertama.sumber Whatsapp #fyp #foryou #foryoupage #fypppppppppppppp

♬ Scary Sounds – Bobby Cole

Melalui video dari pengguna @bu4y4gebu ini, lelaki misteri itu tidak bertindak agresif atau menganggu pengguna jalan raya yang lain. Namun, pergerakannya yang nampak seperti sedang menidurkan ‘bayi’ itu menjadikan orang ramai merinding melihatnya.

Rata-rata netizen di ruangan komen jadi ‘meremang’ melihat aksi menyeramkan itu, menganggap lelaki tersebut sudah dirasuk hantu.  Ada juga yang merasakan lelaki ini memerlukan bantuan pakar untuk dipantau tingkah lakunya.

Y 3U 1

Lebih menakutkan, beberapa orang pengguna lain mengatakan mereka ada ternampak entiti lain di bahagian belakang lelaki itu. Alamak… apa pulak yang korang nampak ni?

T 3E 4R 4

Namun, ada juga sesetengah pihak yang mengatakan tindakan lelaki ini hanya sekadar lakonan untuk meraih perhatian. Menurut mereka, lelaki ini sudah pernah ditangkap pihak berkuasa dan kemudiannya dilepaskan.

Q 4W 5

Macam mana dengan korang? Ada ke nampak apa-apa macam yang dikata komen-komen tu?

BACA: “Bergetar suara” – [VIDEO] Rider Kongsi Situasi Cemas, Sesat Jalan Sampai Tanah Perkuburan Masa Pickup Order

R 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.