in

“Bergetar suara” – [VIDEO] Rider Kongsi Situasi Cemas, Sesat Jalan Sampai Tanah Perkuburan Masa Pickup Order

Sesat Jumpa Tanah Perkuburan Tiktok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sudah menjadi kebiasaan bagi rider makanan untuk bekerja hingga lewat malam dengan mengambil order dan hantar order tersebut kepada pelanggan.


Sambil-sambil bertugas tu, mereka pastinya dihadapkan dengan pelbagai cabaran dan dugaan namun antara dugaan yang paling mencabar ialah apabila mereka tersesat semasa mencari kedai makanan atau rumah pelanggan.

 

“Aku nak pickup order, sampai tempat lain” 

Menerusi video TikTok @angahelycha, dia telah berkongsi pengalamannya tersesat ketika sedang mencari restoran untuk pick up order.

Kejadian yang berlaku di tengah malam itu mengundang rasa seram bukan saja di hati rider tersebut, malah netizen yang menonton video ini juga meremang bila melihatnya.

Mana tidaknya, rider tersebut dikatakan tersesat hingga termasuk ke kawasan tanah perkuburan. Apabila dia cuba patah balik untuk mencari jalan yang lain, dia sekali lagi termasuk jalan yang salah apabila jalan tersebut tiada lampu dan kelihatan gelap gelita. Alamak… 

@angahelycha

Part 2 aku nak pickup order sampai ke tempat lain

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

Korang boleh dengar dari suara rider tersebut yang bergetaran tanda dia sangat ketakutan pada waktu tu.

 

“Alhamdulillah jumpa kedai makcik comel ni” 

Selepas tiga kali cuba mencari jalan ke kedai yang ditujui, mujurlah dia akhirnya sampai dan bertemu dengan owner kedai yang sudah menanti di depan kedai.

Fuh bukan saja rider ini yang berasa lega, admin pun lega juga akhirnya dia jumpa destinasi. Risau berpusing-pusing kat tempat yang sama.

@angahelycha

Part 3 alhamdulillah jumpa kedainya makcik ni

♬ Sneaky Snitch – Kevin MacLeod

Setelah selesai pickup order, rider ini memuat naik video yang terakhir ketika dia ingin keluar dari kawasan berkenaan.

Dia sekali lagi bertemu dengan tanah perkuburan tadi dan cuba untuk menenangkan diri ketika melalui jalan yang gelap dengan menyanyi kuat-kuat.

@angahelycha

Part last alhamdulillah selamat pickup n delivery semoga semua dimurahkan rezeki n dipermudahkan segala urusan aminn

♬ Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

 

“Dia yang jumpa kedai, aku pulak yang lega” 

Rata-rata netizen yang melihat video ini ikut sama berasa lega apabila rider terbabit tiba di destinasinya.

Ramai juga yang mendoakan semoga rider ini terus kuat dan tabahkan hati apabila dihadapkan dugaan sebegini.

Jumpa Kedai Bakso

Salute lah dengan abang-abang rider ini kan. Hujan ke, panas ke, tempat hulu macam mana pun dia tetap sampai dan hantar order pelanggan. 

Baca: Servis Bukan Biasa-Biasa, Rider Foodpanda Siap Kejut Customer Bangun Tidur

Page Foodpanda

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.