Dalam keadaan norma baharu ini face mask atau pelitup muka antara perkara wajib dan penting untuk dipakai. Lebih-lebih lagi, bermula 1 Ogos ini, kerajaan mewajibkan penggunaan pelitup muka dalam pengangkutan awam dan di tempat awam yang sesak.
Pelbagai jenis dan warna pelitup muka yang ada di pasaran, dari yang murah hingga yang paling mahal. Orang ramai mula turut menjadi kreatif untuk membuat pelitup muka sendiri. Tetapi ianya tidak disyorkan oleh kerajaan dan sebaiknya memakai pelitup muka 3ply.
Namun, sejak akhir-akhir ini, pelitup muka yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Neelofa berjaya mencuri perhatian netizen di Malaysia.
Mungkin ada diantara korang yang tertanya berapa harga pelitup muka yang dipakai oleh golongan elit ini?
Jangan terkejut, pelitup muka ini sebenarnya berharga sekitar RM50 bagi setiap 3 unit. Pelitup muka ini adalah produk keluaran dari Xeralife yang ternyata berkualiti tinggi dan korang boleh dapatkannya secara online di Shopee.
Menurut laman sesawang rasmi Xeralife, pelitup muka Xeralife merupakan hasil teknologi dari Jepun. Ia membantu mencegah jangkitan kuman, meredakan alahan dan jangkitan pernafasan.
Pelitup muka Xeralife ini mempunyai 4 lapisan yang sangat berkualiti dan telah dibuktikan oleh Persatuan Sains Bioperubatan (BMSA) di Jepun berkesan terhadap semua bentuk Influenza, termasuk selesema burung dan selesema babi.
Sudah semestinya ia juga mampu melindungi pemakai daripada wabak Covid-19. Selain itu, tiada penggunaan bahan kimia berbahaya digunakan dalam pembuatan pelitup muka ini.
Wow! Menarik betul jenama pelitup muka ni, Rm 50 untuk 3 keping kira okaylah!
Baca: “Macam harga minyak” Kewajiban Memakai Pelitup Muka, Kerajaan Turunkan Harga 30 Sen