in

“Macam harga minyak” – Kewajiban Memakai Pelitup Muka, Kerajaan Turunkan Harga 30 Sen

Gambar Hiasan 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seperti yang diumumkan bermula 1 Ogos ini, kerajaan mewajibkan penggunaan pelitup muka dalam pengangkutan awam dan di tempat awam yang sesak.


Menurut Harian Metro, Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia akan membabitkan pengangkutan awam seperti bas dan Transit Aliran Ringan (LRT) serta tempat awam termasuk pasar dan pasar tani.

Justeru itu, kerajaan sedang mengkaji keperluan untuk menetapkan harga siling pelitup muka diturunkan sebanyak 30 sen mulai 15 Ogos depan.

 

Kerajaan Pertimbang Wajibkan Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Awam

Langkah itu katakan diambil selaras dengan keputusan kerajaan untuk menimbangkan keperluan mewajibkan pelitup muka di tempat-tempat awam berikutan penularan pandemik COVID-19 yang belum berakhir lapor Awani.

Penurunan harga pelitup muka ini ternyata mendapat respon yang baik dari rakyat. Ada juga di antara mereka memberi pandangan tentang pelitup muka pakai buang, dan ada juga yang berseloroh tentang harga yang diumumkan dengan mengatakan harga pelitup muka itu seperti ‘harga minyak’.

1 8

2 7

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Alexander Nanta Linggi berkata, keperluan untuk menurunkan harga pelitup muka pada masa depan perlu ada selain memastikan bekalan itu sentiasa mencukupi lapor Awani.

“Selain itu, tinjauan dan pemantauan mengenai pengeluaran dan pengedaran pelitup muka juga mendapati bekalan pelitup muka adalah mencukupi termasuk yang diimport, soal bekalan tiada masalah.”

Semoga dengan penurunan harga pelitup muka ini dapat menggalakkan lagi orang awam untuk sentiasa patuh dengan SOP baharu yang ditetapkan bagi menangani wabak Covid-19 terus berleluasa.

Baca: TERKINI : Wajib Pakai Mask Muka Mulai 1 Ogos – Ismail Sabri

Qq 1

 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.