in

Budak 2 Tahun Patah Paha Kiri Terjatuh Dari Tingkat 1 Asrama Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Jatuh Kanak Kanak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mana-mana ibu bapa pun boleh terkena serangan jantung kalau tengok anak kecil mereka terjatuh dari tempat tinggi. Mungkin inilah yang dialami seorang bapa yang berkongsi detik cemasnya ketika melihat anak lelaki berusia dua tahun jatuh dari tingkat satu asrama Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP).


Menurut Harian Metro, kanak-kanak yang bernama Muhd Firash Mikail telah mengikuti bapanya, Muhd Fakruzi Samsudin, 27, untuk menghantar ibu saudara ke sesi pendaftaran pelajar baru di KMPP.

Pada ketika itu, Fakruzi bersama anaknya dan ahli keluarga lain berada di tingkat satu asrama yang menempat bilik adik perempuan sebelum orang tuanya meminta dia turun ke bawah untuk sesi taklimat waris.

Ibu meminta saya hadir bagi sesi taklimat waris pelajar yang diadakan di tingkat bawah asrama dan ketika itu anak saya ada bersama.”

Saya sempat mengambil gambar Muhd Firash menggunakan telefon bimbit untuk dihantar kepada isteri bagi memberitahu apa dilakukan anak kami sepanjang berada di situ.”

Jatuh 2
sumber: harian metro

Kemudian, dia memimpin tangan anaknya yang berjalan di tepi pagar koridor menuju ke tangga untuk turun ke tingkat bawah asrama. Walau bagaimanapun, malang menimpa. Ketika mereka sampai di tangga, anaknya terjatuh kerana tersadung kaki Fakruzi.

Ketika mahu bangun, dia berpusing dengan kakinya terjuntai keluar dari koridor lalu saya cuba memegang tangannya, namun tidak sempat sebelum dia terjatuh dalam keadaan berdiri.”

Aduh entah macam mana budak tu menahan sakitnya!

Menurut Fakruzi, dia tidak sempat berbuat apa-apa dan hanya menjerit ‘Allahuakhbar’ ketika melihat anaknya jatuh.

Sebaik sahaja jatuh, Muhd Firash dikerumuni orang ramai yang panik sebelum Fakruzi bergegas turun dan melihat keadaan anak kecil itu.

Saya mengangkat Muhd Firash dan memeriksanya jika ada pendarahan berlaku sebelum mendapati tiada pendarahan serius.”

Anak saya ketika itu menangis kerana kesakitan kerana paha kirinya patah selepas terjatuh dalam keadaan berdiri.”

Jatuh 3
sumber: harian metro

Muhd Firash seterusnya dikejarkan ke Hospital Kepala Batas sebelum dibawa ke Hospital Pakar KPJ Pulau Pinang untuk menerima rawatan.

Sungguhpun begitu, dia tidak menyalahkan sesiapa atas apa yang berlaku, malah merasa bersalah akan tindakannya yang tidak mengawasi anak sendiri walaupun dia sedar akan bahaya pada ruang pagar koridor asrama yang besar pada kanak-kanak.

Susulan kejadian berkenaan, Fakruzi tidak bercadang membuat laporan polis namun memohon KMPP mengubah suai pagar di asrama kolej berkenaan untuk keselamatan pengguna lain.

Harap kejadian ini dijadikan pengajaran buat ibu bapa untuk lebih berhati-hati dengan keselamatan anak mereka. Semoga cepat sembuh adik! 

Baca: Dua Kanak-kanak Maut Terlepas Dari Dukungan Ibu Bapa dan Terjatuh Di Pusat Beli Belah

Jatuh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.