in

Dua Kanak-kanak Maut Terlepas Dari Dukungan Ibu Bapa dan Terjatuh Di Pusat Beli Belah

Mati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ibu bapa mana tidak panik apabila berlaku perkara tidak diingini kepada anak sendiri, apatah lagi ianya berlaku sekelip mata di depan mata sendiri. Baca kisah tragedi menyayat hati yang berlaku di sebuah pusat membeli belah di Tianjin, China baru-baru ini.

Sepasang suami isteri bersama dua anak mereka berusia 2 dan 3 tahun sedang menikmati hari yang indah meluangkan masa bersama sebelum sesuatu nasib malang menimpa keluarga mereka.


Ketika seronok bersama-sama, suami isteri itu sedang mendukung kedua anak mereka berdekatan penghalang kaca di koridor tingkat 4 pusat membeli belah tersebut. Malangnya, genggaman pasangan itu tidak cukup kuat untuk memastikan anak mereka selamat.

[sociallocker id=1666]

Tanpa diduga, kanak-kanak itu terlepas dari dukungan mereka dan terjatuh sehingga ke tingkat 1. Menurut laporan, kanak-kanak malang itu maut serta merta akibat kecederaan parah.

Parent1

Sudah pasti, ibu bapa kanak-kanak itu berada dalam keadaan sedih dan trauma apatah lagi ianya berlaku di depan mata, terlepas dari genggaman mereka.

Meskipun ada netizen mengkritik pasangan itu di laman web tempatan, Weibo, namun ada seorang netizen menyebelahi mereka dan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalahkan ibu bapa kanak-kanak berkenaan kerana tiada siapa yang tahu perkara sebegitu akan berlaku.

Sebanyak mana pun netizen simpati dan sedih dengan nasib malang kanak-kanak itu, perasaan tersebut tidak akan dapat menandingi rasa kecewa, trauma dan sedih yang dialami kedua ibu bapa mereka selepas kehilangan dua orang anak dalam masa yang sama.

[/sociallocker]

Ambil kisah sebegini sebagai pengajaran untuk kita lebih berhati-hati ketika bersama anak-anak kecil.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.