in

“Bubar je JAKIM” – Tawfik Ismail

Tawfik Ismail Ttdi 05112015 Tmikamal Ariffin 06 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni Tun M ada umumkan lima agensi yang akan dibubarkan termasuk Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Majlis Profesor Negara (MPN). Dengan banyak lagi perubahan yang bakal berlaku dalam negara, mungkin ada lagi penubuhan agensi lain yang akan diteliti oleh kerajaan baru.


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah antara agensi yang akan dinilai semula penubuhannya. Pun begitu, bekas ahli Parlimen Tawfik Ismail menolak rancangan Putrajaya untuk meneliti semula peranan agensi itu.

Menurut FMT, pengkritik tetap JAKIM itu menyuarakan bantahan terhadap rancangan menilai peranan itu kerana beranggapan bahawa JAKIM sepatutnya dibubarkan saja.

Tawfik Ismail Ttdi 05112015 Tmikamal Ariffin 06
sumber: blog

JAKIM tidak diperlukan sebagai badan agama.”

Tawfik turut memberikan penjelasan bahawa dia mahu JAKIM dibubarkan kerana agensi tersebut hanya menambah kos dan merugikan pengguna di negara ini.

“Dalam kes sijil halal, jabatan agama negeri diberi kuasa untuk mengeluarkannya. Jika kandungan produk perlu diperiksa, kita mempunyai Kementerian Kesihatan dan pertanian, yang mempunyai semua keperluan peralatan dan kepakaran.”

“Selain itu, jika barangan itu halal, katakanlah dari Mesir atau Arab Saudi atau Jordan, mengapa ia memerlukan pensijilan halal Malaysia? Ini menambah kos, ia merugikan pengguna.”

Putrajaya Malaysia Department Of Islamic Development 01
sumber: blog

Bekas ahli Parlimen Sungai Benut itu juga mendakwa bahawa ada pengilang yang bising kerana kena bayar semua caj untuk pasukan JAKIM mengesahkan kualiti produk halal, walaupun produk tersebut dihasilkan di Malaysia.

Tawfik turut mempersoal adakah usaha menyelamatkan JAKIM sebenarnya usaha untuk menyelamatkan maruah Tun M.

“Dr Mahathir tidak mahu mengaku penubuhan Jakim salah dan ia dilakukan hanya untuk menggambarkan dirinya lebih Islam daripada PAS.”

Setakat ini pihak wartawan masih belum mendapat komen JAKIM berhubung hal ini. Apa akan jadi kat JAKIM lepas ni? Sama-samalah kita tunggu pengumuman Tun M nanti.

Baca: “5 agensi kerajaan akan dibubar” -Tun M

Tun 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.