in

“5 agensi kerajaan akan dibubar” – Tun M

Kabinet 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isnin yang lalu, tiga belas orang menteri kabinet kerajaan Pakatan Harapan telah selesai mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. Hari ini, mesyuarat pertama Kabinet telah berlangsung di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya di antara menteri-menteri yang telah dilantik dan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.


Menurut Malaysiakini, Tun M telah membuat satu pengumuman penting berkenaan pembubaran beberapa agensi kerajaan dalam sidang media mesyuarat pertama Kabinet tersebut.

Kabinet
sumber: malaysiakini

Tun M mengumumkan bahawa LIMA agensi dan jawatankuasa kerajaan yang akan dibubar adalah termasuk:

  1. Majlis Profesor Negara (MPN)
  2. Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)
  3. Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (PEMANDU)
  4. Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA)
  5. Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)

Dalam kes JKKKP yang telah dilantik oleh kerajaan persekutuan, Perdana Menteri memaklumkan bahawa jawatankuasa berkenaan telah menjadi terlalu berunsur politik sedangkan peranannya dapat dilaksanakan oleh pegawai kerajaan yang lain.

Menteri
sumber: malaysiakini

Setelah dibubarkan, peranan SPAD akan dikembalikan kepada Kementerian Pengangkutan. Tun M turut menjelaskan proses penamatan penjawat awam lantikan kontrak yang berkaitan dengan politik akan diteruskan. Namun, kerajaan akan turut mengambil kira golongan yang berpendapatan rendah.

Semalam Tun M turut membuat pengumuman bahawa ahli Kabinet yang tidak menunjukkan prestasi memuaskan akan digugurkan dan diganti dengan yang lain.

Banyak jugak agensi kerajaan yang nak dibubar ni ye. Semoga ini adalah yang terbaik untuk negara tercinta.

Baca: “Kalau prestasi kabinet tak memuaskan, kita kena ganti lain” – PM

Tunm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.