in

“Buat malu je” – Orang Ramai Berdekah Tengok Lelaki Menyamar Jadi Pilot Air Asia

Page Pilot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"Buat malu je" - Orang Ramai Berdekah Tengok Lelaki Menyamar Jadi Pilot Air Asia
Loading
/

Semakin hari semakin ramai orang buat benda yang bukan-bukan, baik di luar negara mahupun di Malaysia. Terbaru, seorang lelaki telah merakamkan temu bual antara dia dan seorang lelaki yang segak memakai uniform juruterbang. Razeef Musa telah memuat naik video tersebut yang dikongsikan oleh Peter Talalla di akaun Facebook dan mendapat perhatian ramai.


Razeef yang bertemu dengan lelaki tersebut di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur hairan bagaimana lelaki ini dengan senang lenang boleh menyamar sebagai seorang pilot.

Pilot2
sumber: facebook

Lelaki yang berpura-pura seorang pilot itu dengan selamba menjawab segala pertanyaan yang diajukan oleh Razeef dan mengaku merupakan kapten kapal terbang AirAsia.

Apabila ditanyakan tentang pesawat yang dibawanya serta enjin yang terdapat di dalam pesawat tersebut, lelaki yang kelihatan masih muda itu menjadi sedikit gugup dan memberitahu kini memandu pesawat AK43.

“Enjin dia tak banyak, enjin dia bahagian yang bawah kipas tu, yang dekat situ, yang dua tulah kan..Lepastu ada sedikit yang kat bahagian depan tu kan.”

Walaupun menyedari lelaki itu hanya menyamar, Razeef terus menerus bertanyakan soalan malah ‘memujinya’ kerana memberi inspirasi kepada orang luar sana yang ingin menjadi juruterbang.

Pilot1
sumber: facebook

Razeef kemudian bertanyakan sekiranya dia boleh mendapatkan diskaun jika bertemu dengannya lagi dan menjawab cara di airport adalah ketat dan berbeza.

Namun, kemudian, dia dengan confident memberitahu bahawa boleh membawa Razeef untuk membuat simulasi di tempat lain iaitu di Sky Simulator di mana tempat orang lain train untuk menjadi juruterbang. Di penghujung video yang berdurasi lebih dua minit itu, Razeef turut sempat menanyakan namanya.

Nama saya Kapten Rayzan.”

Tak cukup dengan itu Kapten Rayzan turut memberikan kata-kata semangat kepada mereka yang ingin menjadi pilot sepertinya supaya yakin dengan diri sendiri. Sejak itu, ramai yang meninggalkan komen dan mentertawakan lelaki ini yang ternyata hanya menyamar.

Pilot3 Pilot4 Pilot5

Pilot6
sumber: facebook

Harap Kapten Rayzan tak buat lagi dah macam ni…

Baca: “Nak tengok akal dia sampai mana nak kelentong” – Wanita Tergelak Layan Scammer Menyamar Jadi Pembeli

F

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.