in

“Buat hal lagi” – Kemalangan di Lampu Isyarat, Honda Jazz Melambung Lepas Kena Langgar Dengan Myvi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hampir setiap hari kita dengar tentang kes kemalangan di jalan raya. Kemalangan ini sebenarnya boleh dielakkan dengan menjadi seorang pemandu yang berhemah dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling.


Kali ni admin nak share satu kejadian kemalangan yang melibatkan sebuah Honda Jazz dan sebuah Perodua Myvi. Dalam kejadian itu, kereta Honda Jazz melambung ke bahu jalan akibat impak daripada Myvi terbabit. Korang tengok video @redzuanNewsMPB kat bawah ni.

 

Melambung terus

Fuhh.. admin tengok video ni tak tahu nak salahkan sapa. Nampak lampu hijau untuk jalan Honda Jazz tu. Yang Myvi tu nak pegi mana admin tak sure pulak.

Ada betulnya juga. Kalau kita ingat balik kelas memandu dulu, hijau bermakna teruskan perjalanan dengan berhati-hati. Bukan main laju je. Harap pemandu Jazz tu takde cedera serius lah.

Kereta lain pun ada accident gak. Cuma yang kita selalu nampak Myvi je. Harap semua berhati-hati di jalanraya ye. Jadilah pemandu yang berhemah.

Nasib baik admin tak pakai Myvi. Kalau tak memang malu lah, buat salah sikit kena label benda sama. 

Bawa kereta tu kena berhati-hati, jangan pentingkan diri, fikir keselamatan orang lain gak ye.

 

Baca: Dahsyat! Myvi Rempuh Honda Di Persimpangan Jalan, Pemandu Honda Maut Di Tempat Kejadian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.