in

Dahsyat! Myvi Rempuh Honda di Persimpangan Jalan, Pemandu Honda Maut Di Tempat Kejadian

1Accident

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang tidak berbau, tapi selagi kita boleh elak, kita elak. Kadang-kadang tu kita dah selamat dah, ada pengguna jalan raya yang lain memandu secara tak berhemah yang buat kita ni terlibat dalam kemalangan.



Begitulah yang berlaku dalam video yang admin nak share kali ni. Dalam video oleh @anthraxxxx kat bawah ni korang boleh tengok satu kemalangan yang melibatkan sebuah Myvi yang melanggar sebuah kereta Honda di persimpangan jalan. Dilaporkan pemandu Honda itu meninggal di tempat kejadian.

Maut di tempat kejadian

Menurut laporan Sinar Harian, kejadian yang berlaku di Johor Bahru itu melibatkan tiga kenderaan. Seorang warga emas maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan itu.

Screenshot 2020 10 11 At 11.56.14 Am Screenshot 2020 10 11 At 11.56.33 Am Screenshot 2020 10 11 At 11.56.41 Am

Kemalangan berlaku sekitar jam 8.30 pagi itu melibatkan kereta jenis Honda Accord, Perodua Myvi dan Proton Saga. Pelanggaran itu mengakibatkan kereta Honda Accord dan Perodua Myvi tersebut terbalik.

Pemandu Honda Accord berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian.

Kami di Lobak Merah mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

 

Baca: “Nak lari mana?” – [VIDEO] Myvi Langgar Lari Budak 11 Tahun Tengah Naik Basikal Nak Pergi Mengaji

Screenshot 2020 10 11 At 12.09.50 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.