in

“Buang je mangkok ni” – Netizen Bersorak Dengar Berita Ahmad Idham Bakal ‘Direhatkan’ Sebagai CEO Finas

Collage 16

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa minggu lepas, Ahmad Idham ada timbulkan kontroversi bila dia mencadangkan supaya kandungan platform penstriman, Netflix ditapis sebelum dia mengumumkan tentang platform penstriman baru untuk filem tempatan Aflix.


Sejak itu, beberapa hari lalu ada desas-desus di kalangan pemain industri perfileman tempatan tentang pengunduran Ahmad Idham sebagai CEO Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Pada hari Selasa lalu, pengarah dan pelakon ini membuat pengumuman yang dia akan mula bercuti pada minggu hadapan selama tiga bulan dalam perhimpunan bersama pegawai dan kakitangan Finas.

Adham

Namun, sumber dalaman memberitahu Awani yang kedudukan Ahmad Idham ‘dah tak selamat’ dan jawatannya sebagai CEO mungkin akan digantikan dengan individu lain.

Sepertinya Ahmad Idham tidak akan kembali lagi ke FINAS selepas Mac depan.”

“Alasan yang diberikan Ahmad Idham beliau mahu selesaikan urusan peribadi, namun jawapan itu mencetuskan banyak persoalan.” Mana taknya, tiba-tiba je nak cuti. Tiga bulan pulak tu…

Ketika dihubungi oleh pihak Awani pula, Ahmad Idham mengesahkan yang dia akan bercuti selama tiga bulan dan bila ditanya tentang spekulasi yang perkhidmatannya bakal ditamatkan, dia hanya berkata dia serahkannya kepada pihak berkuasa.

“Ada baiknya kalau kita sama-sama nantikan pengumuman daripada pihak yang berkuasa. Biarlah saya bercuti seketika, selepas bulan Mac, Insya-Allah kita akan berjumpa lagi.”

“Buat filem pun tak semenggah”

Bagi netizen pula, perkhabaran mengenai Ahmad Idham bakal direhatkan dirasakan seperti berita baik pada mereka.

Screenshot 2019 12 06 At 10.51.35 Am Screenshot 2019 12 06 At 10.51.49 Am Screenshot 2019 12 06 At 10.52.11 Am

Kita tunggu je lah pengumuman nanti…

 

Baca: “Sila tapis otak ko dulu” – Netizen Tak Setuju Tapis Netflix, Kritik Ahmad Idham Pun Buat Filem Tak Berkualiti!

Screenshot 2019 12 06 At 10.42.22 Am

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.