Radio Televisyen Malaysia (RTM) menafikan bahawa dakwaan bekas pemain bola sepak kebangsaan Azlan Johar direhatkan daripada menjadi pengulas siaran Piala Dunia 2026 berikutan dengan penyertaannya dalam PAS pada Sabtu lalu.
Menurut sumber, Ketua Pengarah Penyiaran Ashwad Ismail menegaskan dakwaan itu adalah tidak berasas. Sebaliknya, beliau mengatakan bahawa Azlan diberi peluang dalam siaran rasmi RTM sempena temasya bola sepak dunia bagi perlawanan Brazil menentang Maghribi, semalam.
Artikel berkaitan: “Nampaknya promosi berkesan…” – Dikritik Teruk Oleh Netizen, RTM Dedah Pembuat Sebenar Poster Viral Drama
Artikel berkaitan: Terj*tuh Dari Tingkat 13 Apartmen, Budak Lelaki Berusia 9 Tahun Ditemui M*ut Di Ampang
“Pengumuman Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan pada 13 Jun lalu menyatakan Azlan menyertai PAS, namun semalam beliau muncul mengulas perlawanan Brazil menentang Maghribi.”
“RTM sendiri yang menjemput Azlan menjadi pengulas bagi perlawanan tersebut.”

Selain itu, Ashwad turut menjelaskan bahawa tiada kontrak tetap yang mengikat Azlan untuk mengulas semua 104 perlawanan Piala Dunia 2026.
“RTM berhak menjemput pengulas jemputan lain sepanjang kejohanan berlangsung. Ia juga hak individu lain untuk tampil sebagai pengulas jemputan bagi edisi Piala Dunia kali ini.”
Ashwad mengulas persoalan itu selepas ia dibangkitkan oleh Takiyuddin jika tindakan merehatkan Azlan sebagai pengulas sukan RTM bagi liputan Piala Dunia 2026 ada kaitan dengan penyertaannya dalam parti itu.
Sumber : Harian Metro
