in

Bro Saddiq Cipta Sejarah! Tersenarai Top 20 Anak Muda Paling Berpengaruh di Dunia

Syed Saddiq Wow

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita berbangga dengan pencapaian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq yang berjaya menjadi menteri dalam kabinet pada usia 25 tahun, sekaligus mencipta rekod sebagai menteri termuda Malaysia pernah ada.


Terbaru, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi membanggakan negara apabila tersenarai sebagai salah seorang anak muda paling berpengaruh di dunia!

Lebih membanggakan, menurut Astro AwaniSyed Saddiq menjadi top 20 anak muda paling berpengaruh selepas disenaraikan oleh Apolitical dalam senarai “100 Future Leaders: The World’s Most Influential Young People in Government”.

Apolotical
sumber: apolotical

Apolotical merupakan sebuah organisasi di London yang menyatukan penjawat awam dan pembuat dasar di 140 negara. Senarai dilakukan ini merupakan salah satu usaha Apolotical untuk meraikan peranan belia di bawah usia 25 tahun dalam pembikinan dasar kerajaan.

Selain Ketua ARMADA ini, seorang lagi wakil Asia berjaya dinobatkan dalam senarai 20 teratas dunia iaitu Menteri Teknologi Maklumat dan Pembangunan Luar Bandar Andra Pradesh di India.

Syed 1
sumber: the malay mail

Apolotical memberi perhatian terhadap usaha Syed Saddiq yang cuba mengubah umur kelayakan mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun. Syed pernah berkata kepada Apolotical,

Belia tidak seharusnya dipinggirkan, tetapi keutamaan dalam proses pembinaan negara.”

Syed melalui Twitter turut menyatakan rasa bangga dan berkata kejayaan ini bukan sekadar untuk dirinya tetapi juga anak muda di Malaysia. Beliau juga berkata anak muda tidah seharusnya diabaikan tetapi diutamakan dalam proses pembangunan bangsa.

Syed 2
sumber: cleo

Kejayaan ini bukan hanya untuk saya tetapi semua anak muda Malaysia. Sumbangan kita terhadap Malaysia baru telah diiktiraf pada peringkat antarabangsa.”

Satu penghormatan disenaraikan sebagai salah satu daripada 100 Anak Muda Paling Berpengaruh di Dunia Tahun 2018, tetapi penghormatan yang lebih besar adalah berkhidmat kepada belia Malaysia. Ini adalah untuk anda semua.”

Moga kejayaan Syed Saddiq menjadi inspirasi buat semua untuk lebih bekerja keras mencapai sesuatu diazamkan. Tahniah Bro Saddiq, teruskan mengharumkan nama Malaysia!

Baca: Dipuji Kerana Sikap Professional

Bro Ngan Ashman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.