in

Dipuji Kerana Sikap Professional

Bro Ngan Ashman

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam dunia ni, biasalah setiap orang ada pandangan berbeza-beza tentang satu perkara tambahan pulak dalam isu politik masa kini. Apa yang menarik ialah kalau kita semua masih boleh duduk dalam satu komuniti dan saling bergaul mesra walaupun ada pendapat yang tak sama.

Perkara inilah yang ditonjolkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan anak bekas PM, Ashman Najib yang tolak sengketa politik ke tepi dan relax bergambar bersama-sama. Gambar ni pulak telah dimuat naik ke Instagram Ashman dengan caption yang wow!


Saddiq Ashman
sumber: instagram

“Ambil gambar dengan Menteri Belia dan Sukan yang kacak. Walaupun kita berbeza pandangan, kita perlu amalkan politik matang dan sejahtera! Seronok berkenalan dengan awak bro Syed Saddiq,” tulis Ashman.

Posting yang dimuat naik anak bongsu Najib Razak dan Rosmah Mansor ni telah mendapat pujian daripada netizen dan ramai yang cakap belia berdua ni wajar dijadikan contoh buat ahli politik yang lain.

Politik Matang
sumber: instagram 

Malah ada jugak yang sempat komen mengatakan wajah Saddiq dan Ashman nampak serupa. Macam adik beradik kan? Dua-dua sama kacak pulak tu. Abislah netizen stalk Ashman pulak lepas ni.

Twinnies
sumber: instagram

Apa-apa pun admin memang salute lah dengan Ashman dan Saddiq ni. Chill je bergambar berdua walaupun berbeza fahaman politik. Korang kat luar sana tu masih bermasam muka dengan jiran sebelah ke sebab sokong parti lain-lain? 

Baca: Bro Saddiq Bikin Cewek Indonesia Cair 

Bro Saddiq

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.