in

Bos Sempoi, Bawa Staff Warga Pakistan Food Hunting & Lepak Di Hotel 4 Bintang

Story Staf

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nak jadi majikan ni bukan satu benda yang senang. Ia merupakan tanggungjawab yang besar, lagi-lagi kalau mempunyai bilangan pekerja yang ramai dimana kebajikan dan keselesaan mereka adalah perkara yang paling perlu dititik beratkan.


Kita tengok contoh perkongsian di TikTok oleh seorang wanita dikenali Intan Azizan ini. Dia yang merupakan seorang usahawan, telah berkongsi momen membawa pekerjanya pusing-pusing dan menginap di sebuah hotel empat bintang di Kuala Lumpur.

Staf warga asing pun dibawa

Dia telah membawa seramai 40 orang pekerjanya termasuk ahli keluarga untuk staycation selama 2 hari 1 malam. Tapi apa yang menarik perhatian, dia juga tak lupa kepada pekerja warga asingnya dengan membawa 15 orang pekerja warga Pakistan.

@intan.azizan

Happy life..No Stress..☺️..#ladyboss #foryoupage #tiktokpakistan #smile #tiktokmalaysia

♬ original sound – Intan azizan ?? – Intan azizan ??

Bawa cuci mata

Dia yang melakukan perkara begitu menganggap ia adalah ganjaran untuk pekerjanya yang setia dan bekerja keras nak bangunkan perniagaannya yang pernah goyah sekitar tahun 2019 kerana terlibat insiden kebakaran.

Selain itu, sebanyak 7 buah kereta bertolak dari Rawang untuk aktiviti itu dan dia turut mengatakan, yang dia melakukan ini secara spontan kerana tergerak hati untuk bercuti pada hujung minggu.

“Hari Jumaat tu saya tergerak hati untuk bercuti staycation pada hujung minggu. Jadi, saya maklumkan kepada semua staf termasuk pekerja Pakistan untuk bercuti di Kuala Lumpur.”
“Sebanyak tujuh kereta termasuk MPV (kenderaan pelbagai guna) bertolak dari Rawang, Selangor ke Kuala Lumpur untuk aktiviti ‘food hunting’ sepanjang dua hari dan satu malam,” 

Staf 2

 

Nak hiburkan hati pekerja

Dia yang prihatin dengan nasib pekerjanya mengakui gemar membawa mereka berjalan-jalan kerana faham dengan kondisi jauh dari keluarga demi mencari rezeki.

“Saya memang suka bawa staf saya jalan-jalan, termasuk  pekerja warga Pakistan yang terpaksa berjauhan dari keluarga untuk mencari rezeki di luar negara.”

“Cara  bekerja mereka begitu menepati masa. Pelanggan-pelanggan saya tidak pernah mengadu tentang mereka. Ini cara saya menghargai mereka,” – katanya.

Staf 1

“Promot kahwin dengan lelaki Pakistan ke”

Tapi itulah, takkanlah perkara yang baik-baik je dapat. Selepas tular video tersebut, ada juga netizen-netizen yang kritik dan memberi tanggapan negatif terhadap tindakannya itu.

@intan.azizan

Reply to @riussbh #smile #foryoupage #positivevibes

♬ original sound – Intan azizan ?? – Intan azizan ??

@intan.azizan

Reply to @nikridzuan88

♬ original sound – Intan azizan ?? – Intan azizan ??

“Jangan tahu mengarah je”

Tambah Intan lagi, menganggap mereka seperti keluarga adalah prinsipnya dan tidak mahu menjadi majikan yang bossy.

Dia juga menambah, harap apa yang dipraktikkannya boleh mewujudkan win-win situation supaya dapat persekitaran yang positif.

“Kita sebagai ketua atau pemimpin sepatutnya menunjukkan sikap yang baik. Bukan biadap atau marah-marah, kesannya pekerja tidak akan buat kerja seikhlas hati. Dalam apa jua yang kita lakukan, keikhlasan itu sangat penting,

“Jangan bersikap terlampau bossy hanya tahu mengarah dan memerintah, tapi tidak prihatin dengan kebajikan mereka. Jika kita rasa diri kita susah, sebenarnya mereka lebih susah dari kita.” – katanya

@intan.azizan

No caption ?..#ladyboss #foryoupage #tiktokpakistan #tiktokmalaysia #supportstaff #smile

♬ Humko Humise Chura Lo – Shahrukh Khan

Sumber : Intan Azizan

 

Baca : Syarikat Dari Jepun Ini Bagi Staf Cuti Berkabung 10 Hari Kalau Idola Mereka Kahwin & Bersara

Idola4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.