Seperti yang kita sedia maklum, Jepun merupakan satu negara yang terkenal dengan budaya kerja Karoshi, dimana satu budaya terlebih kerja sampai mati.
Dengan cara ini pekerja harus mempunyai mental yang kuat. Jadi, ia memainkan peranan penting untuk setiap individu dalam menjaga kesihatan mental mereka.
Oleh sebab itu, salah satu syarikat dari negara terbit matahari ini telah mengimplimentasikan satu faedah buat stafnya bagi memulihara mental mereka dengan cara memberikan satu cuti khas pasal idola mereka.
Cuti 10 hari kalau idola kahwin atau bersara
Pengasas agensi kreatif dari sebuah syarikat di Tokyo, Shizen Tsurumi Pengasas agensi kreatif dari sebuah syarikat di Tokyo yang dikenali sebagai Hiroro menerusi akaun Twitter miliknya menyatakan bahawa inisiatif baru ini membolehkan staf membuat pilihan untuk memisahkan cuti mereka antara pengumuman pertunangan idola mereka dan hari menjelang upacara perkahwinan mereka.
Menurut Sora News 24, sistem yang disebut Sistem Percutian Oshi (istilah lain untuk idola), memberi hak kepada pekerja selama 10 hari cuti bergaji ketika oshi mereka bersara, dan tiga hari cuti berbayar untuk persaraan idola peringkat sekunder atau peringkat rendah
Katanya, sistem ini mula diimplentasikan apabila berlakunya dua peristiwa ini kepadanya. Pertama adalah ketika seorang pekerja model kurang fokus dan tidak bekerjasama dalam kerja ketika Nana Mizuki, seorang pelakon dan pelatar suara anime mengumumkan perkahwinannya.
Kejadian kedua adalah ketika pekerja lain merasa sedih kerana idola kegemaran mereka telah mengumumkan persaraan mereka.
Tsurumi menyuruh pekerjanya meluangkan waktu untuk berkabung dan bersedih sebelum memutuskan secara rasmi menyampaikan sistem yang sama kepada semua orang di syarikat itu.
Sistem ini juga akan membolehkan pekerja meminta cuti untuk menghadiri konsert idola mereka bahkan mereka boleh dapat kelulusan dengan cepat jika idola mereka buat persembahan ‘kejutan’ pada saat-saat terakhir yang hanya diumumkan beberapa jam sebelum ianya berlangsung.
Baca : “Tak payah nak idolakan poligami” – Lelaki Kongsi Kisah Ibunya Pasal ‘Realiti Duka’; Berkongsi Suami