Undang-undang di Arab Saudi melarang pasangan suami isteri memeriksa handphone masing-masing kalau nak tahu mereka curang atau tak, menurut Arab News.
Tapi macam mana kalau kita memiliki pasangan yang cemburu buta?
“BF I like tweet ni..”
Di Malaysia, seorang gadis ditegur supaya membuang postingnya di Twitter semata-mata kerana ada follower yang tekan Like.
Dia ditegur oleh girlfriend follower itu dengan alasan, Like tersebut boleh membuatkan hubungan mereka bermasalah.
“Memang u nak jadi perampas bf orang ke?”
Keliru dengan apa yang berlaku, gadis berkenaan berkongsi mesej berkenaan di akaun Twitternya.
Untuk pengetahuan semua, sesiapa saja boleh Like dan Follow mana-mana akaun yang bukan dalam mod privasi.
Peliknya. Kenapa pula si GF kata gadis ini nak merampas BF dia? Sebab cemburu buta tak tentu hala, terus tuduh orang bukan-bukan.
Sedangkan yang Like tu BF sendiri. Risau dengan ugutan berlarutan, si GF ni katanya dah kena block.
Girlfriend RAYA for rent
Kandungan asal tweet berkenaan pun tak ditujukan atau merujuk kepada mana-mana pihak tertentu. Sebaliknya, ia dibuat sebagai gurauan.
Iyelah kan. Takut ada yang tak dapat menjawab soalan-soalan makcik pakcik bawang yang sibuk bertanya bila nak kahwin.Lagi-lagi musim raya ni.
Alamak aih. Post macam ni pun ada yang boleh rasa insecure teruk. Biar betul. Baru in relationship, belum akad nikah!
“Dia yang tak reti jaga laki dia..”
Geli hati dengan perkongsian berkenaan, macam-macamlah diperkatakan oleh netizen.
Tapi kalau korang dalam kedudukan gadis ini, apa yang patut dia buat? Salah ke cakap macam tu?