in

“Boleh mati budak tu!” – Geng Budak Sekolah Belasah, Pijak Kepala Kawan Sampai Kejang Dekat JB!

Belasah Kawan

Viral satu video di Facebook menunjukkan dua remaja membelasah seorang kawan mereka dengan teruk. Menurut Harian Metro, kejadian itu berlaku di taman permainan dekat Taman Setia Indah, Johor Bahru pada petang Rabu, 26 Jun.

Dalam video tu mangsa yang berusia 15 tahun memakai t shirt berwarna hitam dan telah dibelasah oleh dua remaja terbabit sehingga menyebabkan kecederaan.

B8

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais, mangsa berada di bengkel motosikal kawasan itu sebelum dihubungi oleh rakannya untuk berjumpa kira-kira pada jam 3.30 petang.

Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa bertemu rakannya dan seorang remaja lain masing-masing berusia 16 tahun yang masih bersekolah.”

Ketika berkumpul di situ, berlaku pertengkaran antara mereka bertiga membuatkan dua remaja itu bertindak membelasahnya. Dalam video tu boleh nampak mereka menendang dan menumbuk muka dan dadanya.

Salah seorang daripada mereka kemudian menjatuhkan mangsa ke atas lantai dan seorang lagi lelaki melompat dari atas kerusi dan memijak kepala mangsa. Akibat daripada itu, mangsa mengalami kekejangan dan dibiarkan di situ.

B5

Rakan-rakan yang lain di situ hanya melihat mangsa dibelasah tanpa berbuat apa-apa dan turut sama beredar bersama dua remaja yang memukul mangsa.

Tonton video di bawah:

Mangsa mengalami bengkak di kepala, mata, sakit mata dan muntah darah.”

Semalam, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Setia Indah pada jam 6.12 petang. Pada jam 7.40 malam, sepasukan polis berjaya menahan dua remaja lelaki terbabit di rumah mereka dekat Taman Daya.

Siasatan awal mendapati pergaduhan terbabit disebabkan mangsa memburukkan nama dan perangai suspek kepada orang lain.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan dan pihak polis dikatakan bakal mendapatkan perintah reman terhadap dua suspek tersebut.

Budak budak sekarang memang makin berani. Lepas tu yang rakam and viralkan tu pun satu hal juga…

Baca: “Bodoh yang lain pun tengok je ke?” – [VIDEO] Pelajar Kena Belasah Tapi Semua Dalam Kelas Biar Je!

Kena Belasah