“Bodoh yang lain pun tengok je ke?” – [VIDEO] Pelajar Kena Belasah Tapi Semua Dalam Kelas Biar Je!

“Bodoh yang lain pun tengok je ke?” – [VIDEO] Pelajar Kena Belasah Tapi Semua Dalam Kelas Biar Je!

 
 
00:00 /
 
1X

Viral sebuah video menunjukkan seorang pelajar membuli rakan sekolahnya di dalam kelas. Menurut Utusan, kejadian itu berlaku di salah sebuah bilik darjah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Guntong, Setiu, Terengganu.

Menurut Ketua Polis negeri, Datuk Aidi Ismail, pihaknya masih belum terima sebarang laporan berkenaan insiden itu dari pihak sekolah mahupun ibu bapa tetapi kes kini dalam perhatian polis.

Bagaimanapun kes ini dalam perhatian polis , kejadian ini melibatkan pelajar tingkatan dua dan empat sekolah berkenaan dan ia berlaku dipercayai berpunca dari ejek mengejek.”

Melalui video berdurasi 14 saat itu, seorang pelajar yang memakai t shirt berwarna putih dan berseluar hitam dilihat membelasah mangsa yang sedang duduk.

Mangsa telah ditumbuk dan dihentak kepalanya selain turut diterajang beberapa kali oleh pelajar tersebut sambil disaksikan beberapa pelajar lain di sekeliling mereka.

Namun, kesemua mereka yang turut berada di dalam kelas yang sama langsung tidak berbuat apa-apa dan hanya menjadi penonton! Meskipun mangsa didengar mengerang kesakitan tetapi pelajar lain tu semua buat macam biasa seolah-olah tak ada apa yang tengah berlaku.

Ramai netizen di Facebook yang bengang dengan apa yang berlaku terutamanya bila nampak tak ada seorang pun yang bantu meleraikan pergaduhan itu.

Ada juga yang minta pihak polis ambil tindakan segera dan berpendapat seharusnya ibu bapa kepada pelajar bermasalah macam ni turut sama diambil tindakan.

“Bila masuk bab bab macam ni.. Aku setuju kalau sekolah semua kita ikut budaya negara maju seperti Jepun dan Singapura. Setiap kesalahan yang dilakukan murid, hukuman harus melibatkan ibu bapa atau penjaga.”

“Jangan biarkan samseng sekolah taik kucing ini bebas, perlu segera di ambil tindakan.”

“Harap boleh panggil mak bapak sekali. Kadang kadang mak bapak pun tak tau perangai anak dia kat sekolah.”

“Yang tengok tu pun masuk jel sekali kira bersubahat.”

Tonton video viral tu di bawah:

Harap pihak berkuasa ambil tindakan segera pada yang bersalah…

Baca: “Wak ni OKU Lembam, ajak budak-budak tu solat Asar”- Lelaki Ini Cerita Kisah Sebenar Warga Tua Yang Dibuli Sekumpulan Remaja

Ditulis oleh Sue Idris

Seorang ibu. Siapa cakap anak aku tak comel siap eh!