in

“Boleh lembik lutut” – Genius! Nak Halang Orang Berlari, Lantai Di Laluan Ini Guna Ilusi Optik

Feature 3 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, viral sekeping gambar lantai di sebuah laluan yang menggunakan ilusi optik sehingga mencetuskan kebingungan netizen. Menurut Daily Star, gambar tersebut telah dimuat naik oleh seorang pengguna di laman web Reddit iaitu TriggeredGuy001 baru-baru ini.


Individu tersebut mendakwa ianya direka macam tu untuk mengelakkan mana-mana individu yang melalui kawasan itu daripada berlari. Boleh dilihat dalam gambar tu yang lantainya direka dengan kotak-kotak hitam dan putih macam papan catur.

Ilusi 1

Sekali tengok, kita akan nampak yang lantai tu macam bercerun dan nak terjatuh. Rasanya ramai jugak yang akan lembik lutut bila pertama kali lalu di kawasan ni kan. 

Untuk cikgu-cikgu yang buntu tak tahu nak buat apa untuk cegah anak-anak murid berlari di koridor sekolah ketika waktu rehat, boleh lah cuba trick ni.

Rata-rata pengguna Reddit berkongsi pendapat mereka tentang penggunaan ilusi optik di laluan itu dan ada yang kata cara ni memang genius. Ada juga netizen yang kata tak dapat nak bayangkan macam mana kalau lalu di lorong ni sebab takut tersalah langkah.

Namun, ada juga yang berpendapat ilusi optik ni akan membuatkan perasaan nak berlari tu lagi membuak-buak sebab nampak macam seronok. 

Untuk pengetahuan korang, lantai ini sebenarnya terletak di sebuah showroom syarikat jubin di United Kingdom iaitu Casa Ceramica. Namun, menurut laman web syarikat itu,  lantai tersebut direka sedemikan bukanlah untuk mencegah orang berlari tapi sebaliknya sengaja direka untuk mengagumkan pelanggan mereka yang datang untuk memilih jubin rumah.

Pening pulak kepala ni bila tengok gambar lantai ni lama-lama. 

Sumber: Reddit, Daily Star, laman web Casa Ceramica

Baca: “Lain macam tangan tu YB” – Syed Saddiq Kongsi Gambar Masak Asam Pedas Tapi Muncul ‘Tangan Misteri’ Di Sebelah

Ilusi

Sumber: Reddit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.