in

‘Bodybuilder’ Kanada Tampil Mohon Maaf Kepada Kim Jong Kook, Anggap Ia Hanyalah Dakwaan Berilmiah

Fi Kim Jk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Susulan tuduhan tidak berasas seorang ‘bodybuilder’ dari Kanada, Greg Doucette, dia baru-baru ini telah memuat naik video permohonan maaf atas dakwaan terhadap ahli Running Man, Kim Jong Kook menggunakan bahan terlarang untuk mendapatkan fizikal yang tegap dan cergas di usianya 45 tahun itu.


Kim Jong Kook sebelum itu telah memuat naik satu video di saluran YouTubenya, GYM JONG KOOK. Di video tersebut, dia menjemput seorang rakan karibnya yang merupakan seorang peguam untuk membincangkan kontroversi yang sedang berlaku terhadap dirinya itu.

“Saya buat ini bukan untuk wang. Saya percaya saya terhutang sekurang-kurangnya permohonan maaf. Ini pesanan terakhir saya kepada awak. Sebagai manusia, sebagai lelaki, sebagai lelaki yang bersenam, saya beri awak peluang untuk meminta maaf.”- pesan KJK kepada Greg

Kjk Media 1

Hanya mengambil masa satu hari sahaja selepas KJK memuat naik videonya bersama peguam tersebut, Greg Doucette sedar akan kesilapannya lalu menarik balik dakwaannya terhadap KJK. Dia juga turut memuat naik satu video permohonan maaf kepada ahli Running Man itu di saluran YouTube peribadinya, 24 jam selepas video kenyataan daripada Jong Kook.

Semasa video permohonan maafnya, Greg Doucette memastikan untuk mengulangi bahawa tuduhannya sebelum ini hanyalah ‘dakwaan berilmiah’ yang menunjukkan perbezaan budaya antara negaranya dan Korea Selatan mengenai penggunaan bahan (steroid) tersebut.

Media Kjk 2

“Bagi Kim Jong Kook dan budayanya di Korea, ia berbeza dengan Kanada. Di sini, ia sah dan bukan masalah besar. Orang ramai menggunakannya sepanjang masa. Saya juga telah mengambil bahan yang dinasihatkan oleh doktor saya. Jadi berdasarkan video terdahulu, saya hanya melakukan tekaan terbaik saya.”- kata Greg 

Jadi, Greg Doucette memutuskan bahawa tindakan terbaik bukan sahaja untuk membuat permohonan maaf rasmi, tetapi juga untuk menghapuskan dakwaan asal video YouTube. “Saya ingin memohon maaf kepada Kim Jong Kook dan peminatnya di Korea. Saya melakukan yang terbaik dengan maklumat yang saya ada. Saya menurunkan dua video yang lain.” katanya.

Baca: Dia salah petik orang ni- Kim Jong Kook Buat 391 Ujian Doping, Nak Buktikan Tak Ambil Bahan Terlarang!

Baca Kjk

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.