in

“Dia salah ‘petik’ orang ni” – Kim Jong Kook Buat 391 Ujian Doping, Nak Buktikan Tak Ambil Bahan Terlarang!

Kjk 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kim Jong Kook dalam episod terbaru rancangan variety popular ‘Running Man’ baru-baru ini menyatakan hasratnya untuk mengambil tindakan undang-undang atas tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh penyanyi yang berasal dari Anyang tersebut semasa berbual pada segmen pembukaan rancangan berkenaan.


Sempat bergurau dengan kru produksi, Jong Kook telah bertanyakan kepada penerbit rancangan berkenaan yang kononnya set rakaman mereka seakan-akan ingin membuat ujian doping keatas penyanyi berkenaan.

Kjk

Bulan lalu, seorang YouTuber dari Kanada yang juga merupakan bekas jaguh bina badan dan pemegang rekod dunia Guiness dalam acara powerlifting, Greg Doucette  telah mengeluarkan sebuah video dan menuduh penyanyi berusia 45 tahun tersebut menggunakan steroid bagi mendapatkan bentuk tubuh badan berkenaan selepas menonton rutin workout dan potongan badan Jong Kook.

Kim Jong Kook telah menafikan perkara tersebut selain difahamkan bersedia untuk melakukan apa sahaja ujian bagi menafikan tuduhan yang dibuat.

Kjk All Kpop

Perkara tersebut turut menjadi bahan gelakan rakan artis lain dalam rancangan tersebut yang mengatakan adalah tidak munasabah untuk seseorang seperti Jong Kook untuk mengambil bahan perangsang berkenaan kerana beliau adalah seorang selebriti, bukannya atlet professional.

Kim Jong Kook 05112021 1

“Dia mungkin cakap (buat tuduhan) berkenaan sebab dia belum kenal siapa kamu” tambah pengacara senior Yoo Jae Suk. Kim Jong Kook dengan nada bersahaja turut membalas perkara tersebut dengan ‘ugutan’.

“Orang lain mungkin akan abaikan tuduhan tersebut tapi anda kenal saya… Saya akan tunjukkan ‘Baran Anyang’ saya”

Difahamkan, KJK telah membuat 391 ujian doping untuk menafikan segala tuduhan yang dikeluarkan selain merancang untuk mengambil tindakan undang-undang atas segala komen yang dibuat.

Walaupun keputusan ujiannya akan mengambil masa yang agak lama, KJK bercadang untuk memuatnaik video penjelasan sepenuhnya selain akan teruskan dengan pengisian yang positif.

Menurut laporan portal Soompi, YouTuber Kanada tersebut telah membuat permohonan maaf selain telah menurunkan semua video yang dimuatnaik berkenaan tuduhan yang menyebabkan ramai tidak berpuas hati kerana mereka ‘kenal’ siapa KJK yang sebenar.

Baca : “Saya perlu bersihkan nama saya” – Kim Jong Kook Jawab Spekulasi Steroid, Mula Jalani Pemeriksaan Badan

Page Kjk

Sumber: Allkpop
Sumber: KBIZ Zoom

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.