in

‘Bodybuilder’ Kanada Tuduh Kim Jong-kook Guna Steroid, Mustahil Kekal ‘Sado’ Di Usia 45 Tahun

Doucette Jongkook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang layan Runningman, nama pelakon dan penyanyi, Kim Jong-kook mungkin tak perlu diperkenalkan lagi. Turut dikenali dengan jolokan nama Sparta dalam rancangan realiti televisyen terkenal Korea Selatan itu, Jong-kook dikenali ramai kerana memiliki tubuh badan sasa meskipun usianya sudah menginjak 40-an.

Db1A3Dcddf3769B52Ea2Dbc2D5898574 E1636249422885

Baru-baru ini, selebriti Korea Selatan terbabit terpalit kontroversi selepas beliau dituduh seorang ahli bina badan Kanada menggunakan bahan terlarang, steroid bagi mendapatkan bentuk badan ‘sado’ yang dimilikinya.


Memetik laporan portal The Korea Herald, Greg Doucette, yang juga merupakan seorang YouTuber ada memuat naik satu video di saluran YouTube pada 31 Oktober lalu bertajuk “Kim Jung Kook || Natty or Not.”

Unnamed E1636249460883

Doucette menuduh Jong-kook menggunakan steroid dan menyatakan ia mustahil untuk memiliki bentuk badan beliau pada usia 45 tahun.

Tidak cukup dengan itu, Doucette menambah, individu yang berusia 45 tahun seperti Jong-kook tidak mempunyai tahap testosterone yang menggambarkan bentuk badannya sekarang.

Portal AllKpop pula melaporkan, Doucette sanggup menaruh wang $1 juta dollar bahawa Kim Jong-kook menyalahgunakan bahan terlarang.

“Rasanya dia jealous tu dengan Jong-kook” – netizen

Allkpop 1623969154 Kimjongkook E1636249483971

Pun begitu, tuduhan Doucette menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya menganggap ahli bina badan terbabit sebenarnya iri hati dengan Jong-kook dan popularitinya yang mampu memperoleh lebih dua juta subscriber di saluran YouTube miliknya, GYM JONG KOOK, hanya beberapa bulan selepas mewujudkannya.

Ramai netizen dan peminat selebriti terbabit juga mendedahkan bahawa Jong-kook sudah bekerja keras selama bertahun-tahun bagi mendapatkan bentuk badan sadonya itu. Malah, selebriti terbabit juga selalu berlatih selama berjam-jam di gimnasium dan makan makanan seimbang bagi mengekalkan bentuk badannya.

“Bukan bahan kimia yang bagi Jong-kook bentuk badan sasa tapi disiplin dan pengorbanan selama lebih 20 tahun,” kata netizen.

“Saya cadangkan awak (Doucette) berlatih bersama KJK dan belajar beberapa tips daripadanya,” tulis seorang netizen.

“Padahal, otot Greg yang berusia 46 tahun lagi nampak besar dan tak natural daripada KJK,” kata netizen lain.

Sumber: The Korea Herald, AllKpop

Baca: Betulkan Rambut Ji Hyo Dalam RunningMan, Ramai Peminat Mahu ‘Spartace’ Bersama?

Cover 23 E1636247920954

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.