in

“Saya perlu bersihkan nama saya” – Kim Jong Kook Jawab Spekulasi Steroid, Mula Jalani Pemeriksaan Badan

Page Kjk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Macam yang kita tahu, baru-baru ini kecoh di media sosial tentang spekulasi yang diberikan oleh seorang ‘bodybuilder’ dari Kanada, Greg Doucette kepada selebriti Korea Selatan yang terkenal dengan program realiti Running Man iaitu Kim Jong Kook.


Kim Jong Kook atau dengan jolokan nama Sparta, dikatakan mengambil bahan terlarang iaitu steroid untuk dapatkan badannya yang ‘sado’ walaupun sudah menginjak usia 45 tahun dalam video yang dimuatnaik oleh Greg di saluran YouTube miliknya.

Tidak mudah melatah, Jong Kook terus mengambil langkah dengan membuat pemeriksaan badan untuk membuktikan bahawa dirinya ‘bersih’ dari sebarang bahan terlarang. Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Jong Kook dalam video terbaharu yang dimuatnaik semalam di saluran YouTube miliknya iaitu Gym Jong Kook.

Keputusan darah Kim Jong Kook bebas steroid

Dalam video yang sama, dia mendedahkan keputusan ujian darah yang telah dilakukan pada 6 November lalu. Doktor yang menjalankan ujian tersebut memberitahu bahawa keputusan darah milik Jong Kook tiada sejarah tentang pengambilan bahan terlarang.

Kjk 4

Doktor berkenaan juga menjelaskan bahawa terdapat dua cara untuk meningkatkan paras hormon testoteron dalam badan iaitu dengan bersenam ataupun mendapat suntikan. Oleh itu, tidak mustahil bahawa Jong Kook mempunyai hormon testosteron yang tinggi kerana dia kerap bersenam.

“Beberapa atlet di luar negara mengambil suntikan testosteron sebagai penambah nak mengatakan bahawa ianya adalah sejenis steroid” – Doktor

Selepas mendengar penjelasan doktor itu, Jong Kook sendiri mengakui bahawa dirinya mempunyai hormon testosteron yang tinggi berbanding dengan purata lelaki berusia 40-an yang lain.

Sensitif dengan bahan yang masuk dalam badan

Namun, dia turut memberitahu dalam video tersebut tentang dirinya begitu teliti dengan apa yang masuk ke dalam badannya dan lebih sensitif apabila terdapat sesuatu untuk disuntik ke dalam badannya.

“Saya tidak pernah mendapatkan suntikan bius apabila mendapatkan gastroskopi atau kolonoskopi. Begitulah sensitifnya saya terhadap sesuatu yang memasuki badan saya” – Kim Jong Kook

Kjk 3

Tambahnya, pada awalnya dia ingin berdiam diri sahaja tetapi dia terpaksa bertindak sedemikian kerana dia telah menjadi bualan peminat-peminatnya bahkan dari luar negara dan ada baiknya kalau dia menjernihkan semula keadaan kerana statusnya sebagai selebriti yang dikenali ramai.

Dia juga memberitahu bahawa orang yang berjumpa dengannya secara berdepan pasti akan tahu yang dia tidak akan mengambil steroid untuk mengekalkan bentuk badannya.

Terbaiklah Kim Jong Kook! Rileks je buat pemeriksaan badan untuk tunjuk betul-betul sado sebab bersenam.

Baca: ‘Bodybuilder’ Kanada Tuduh Kim Jong-kook Guna Steroid, Mustahil Kekal ‘Sado’ Di Usia 45 Tahun

Untitled 2 4

Sumber: YouTube
Sumber: YouTube

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.