in

“Bodoh tu simpan sikit!” – Netizen Bash Haqiem Rusli Pakai ‘Shades’ dan Earpods Masa Melawat Orang Sakit

Qimrusli

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa tak kenal dengan penyanyi baru yang sedang meningkat naik, Haqiem Rusli?


Sabtu lepas, menerusi program satu program CSR anjuran Hot FM bersama Lembaga Zakat Selangor, Haqiem Rusli bersama Aizat join penyampai radio Ajak Shiro berkunjung ke rumah asnaf di Rawang, Selangor yang bernama Abang Zul.

Sesi lawatan ni telah dikongsikan kat page Twitter Hot FM yang tiba-tiba jadi panas sebab ramai netizen katanya tak suka dengan sikap ‘biadap’ Haqiem Rusli. Aikkk??

 

“Kesian ya. Muda lagi tapi mata dah tak nampak, telinga dah tak dengar” 

Mungkin bagi setengah orang benda ni nampak biasa je, tapi kebanyakan netizen anggap Haqiem Rusli biadap sebab pakai shades dan selit airpods kat telinga semasa melawat orang sakit.

Dtuhfvwvaaemhbr
sumber: twitter
sumber: twitter
sumber: twitter

Perbuatan tu nampak macam Haqiem ni tak berapa ‘ikhlas’ sangat dalam melawat mangsa dalam kesusahan.

Tak Suka
sumber: twitter

 

“Kalau nak berkaca mata on stage orang tak kisah dah… tapi kat tengah buat program CSR kot. Apa jadahnya?” 

Malah ada yang tuduh Haqiem acah baik je dan siap ada yang pertikai kenapa Haqiem duduk atas kerusi, Aizat pulak sanggup bersila kat lantai. Aduh dahsyat jugak korang hentam si Haqiem ni. Karang dia depression macam mana? 

Tampaq
sumber: twitter

 

“Wow! Sunglasses dan earpod je korang nampak? Kebaikan yang dia buat korang tak nampak ke? 

Macam manapun, fans kesayangan Haqiem come to the rescue dengan pertahankan tindakan Haqiem dan minta orang ramai tengok sisi baik penyanyi ni. Mungkin Haqiem tak sengaja nak bergaya macam tu kan? Chill la guys! 

Haqielmo
sumber: twitter

Apa-apapun eloklah kita melihat kebaikan yang orang lain buat daripada sibuk mencari kesilapan yang mereka lakukan. Nak mengecam pun biarlah berpada-pada. Boleh depress penyanyi tu dibuatnya.

Baca: Tak Puas Hati Keputusan Lagu Final, Peminat Haqiem Rusli Nak Boikot AJL33

Haqiem Rusli Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.