in

BN Paksa Pemaju di Pulau Pinang Rasuah SPRM RM22 Juta!

Rasuah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Memang patutlah SPRM sekarang kerja kuat pagi, petang, siang dan malam demi banteras jenayah rasuah yang berleluasa kat Malaysia sekarang ni! Terbaru, satu lagi rahsia terbongkar bila pemaju projek terowong bawah laut di Pulau Pinang mula buka mulut.


Menurut WORLD OF BUZZ, beberapa bulan yang lepas Lim Guan Eng pernah dikritik sebab terlibat dengan rasuah yang melibatkan jutaan ringgit kononnnya dibayar untuk hentikan siasatan SPRM terhadap projek terowong bawah laut di Pulau Pinang. Tapi lepas kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang pada 9 Mei lalu, pemaju projek ni akhirnya bongkar cerita sebenar. 

Nst
sumber: nst

Consortium Zenith Construction Sdn. Bhd. merupakan pemaju yang bertanggungjawab untuk projek di Pulau Pinang ni. Pengarah Eksekutif Kanannya, Zarul Ahmad Zulkifli mendakwa yang dia pernah diugut oleh ‘seseorang’ yang mewakili kerajaan lama untuk bayar RM22 juta kepada SPRM supaya pihak tu stop jalankan siasatan kat projek terowong tersebut. Waa! Serius lah? 

Penang
sumber: wob

Walau macam manapun, Zarul enggan beritahu nama orang yang terbabit sebab ‘orang-orang’ ni jenis tak boleh buat main. Silap haribulan, lenyap dia nanti! 

“Mereka ‘letak pistol’ di kepala saya, kalau kami tak bayar, kami akan dapat masalah. Semasa pemerintahan kerajaan lepas, kalau ada orang ugut anda, anda pasti akan ambil perkara ni serius sebab anda takkan tahu apa yang akan terjadi nanti. Jadi atau tak, perkara ni berbeza pada masa dulu. 

“Saya memang ambil perkara ni serius. Pada saya, saya cuma mahu bisnes berjalan lancar dan saya tak ada niat atau keinginan untuk terlibat dalam pergaduhan politik,” kata Zarul dalam satu interview dengan Malaysiakini.

6998F9408879Ca311841B64Dcf05Ef8A
sumber: wob

Tambah Zarul, beliau memang dilihat sebagai ‘pembawa masalah’ dalam isu ni. Macam manapun, Zarul tak anggap tindakannya ni sebagai rasuah sebab beliau telah dipaksa untuk lakukan tindakan tu dan Zarul pun memang tak beri duit tersebut secara rela.

Bila Zarul dah tak boleh tahan dengan apa yang berlaku, beliau telah laporkan hal ni kepada SPRM dan satu siasatan sedang dijalankan sekarang. Dia jugak telah ditahan selama 11 hari awal tahun ni untuk membantu siasatan kes.

Harap-harap Zarul terselamatlah daripada ancaman orang yang mengugutnya tu. Semoga pihak SPRM juga jalankan siasatan dengan cekap dan adil supaya Malaysia terus bersih daripada gejala rasuah. 

Baca: “Macam mana nak rasa selamat kalau mereka ugut dan peras duit orang..” 

Duit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.