in

“Macam mana nak rasa selamat kalau mereka ugut dan peras duit orang..”

Page 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kita dah masuk pertengahan tahun 2018 tapi masalah rasuah macam tak ada penghujungnya. Dipetik dari WORLD OF BUZZseorang individu telah berkongsi pengalamannya diperas ugut oleh sekumpulan polis.


Ini apa yang dikongsikan,

“Dalam perjalanan menghantar seorang rakan saya ke kelab TREC selepas menyambut majlis pertunangan rakan kami, kereta saya ditahan oleh sekumpulan polis berdekatan Jalan Imbi.”

Pol5
gambar hiasan

“Perkara pertama yang dilakukan oleh polis tersebut adalah meminta kad pengenalan sebelum mengarahkan saya keluar daripada kereta. Setelah melakukan ujian menggunakan breathlyzer, saya diserahkan kepada polis yang lain tanpa diberitahu bacaan alat itu. Polis tersebut hanya menyatakan bahawa bacaan breathlyzer tinggi tetapi saya yakin yang saya tidak mabuk.

“Kemudian, polis lain mengambil alih dan berkeras mengatakan bahawa saya telah melanggar undang-undang. Terdapat 6 orang polis tanpa lencana, kad pengenalan diri dan tag nama pada waktu kejadian. Dari satu polis ke satu polis cuba ‘menjelaskan mengenai kesalahan saya’.”

“Mereka bercakap bergilir-gilir dengan harapan dapat memeras duit daripada saya. Salah seorang daripada mereka bersuara, “Kalau awak berlembut dengan saya, saya berlembut dengan awak. Kami ada 6 orang, macam mana awak boleh tolong kami?”

“Salah seorang polis kembali dengan kad pengenalan saya dan bertegas yang saya perlu pergi ke mahkamah dan urusannya akan memakan masa yang lama selain mahal. Saya berterusan mengatakan yang saya tidak bersalah.”

“Polis tersebut kemudiannya mengugut akan membawa kereta saya ke balai polis. Dia menyuruh rakan saya keluar daripada kereta dan mengarahkan saya duduk di kerusi belakang supaya dia boleh memandu kereta saya.”

Pol2
gambar hiasan

“Salah seorang dari polis tersebut berulang kali bertanya kepada rakan saya sama ada dia sedang merakamkan kejadian ini sambil kelihatan gelisah. Selepas hampir 40 minit cubaan memeras duit daripada saya, saya kembali ke kereta dan memasukkan RM10 ke dalam sarung ang pao.”

“Untuk mendapatkan kembali kad pengenalan saya, saya menghulurkan ang pao tersebut sambil berkata,

Bang, saya ada ang pao ni.”

Salah seorang daripada mereka berkata, “Ada berapa kat dalam ni?”

“Adalah bang. Cukup.”

“Dia menyambung,

Ok ok, letak kat atas bonet kereta. Bagi balik IC dia.”

“Saya segera mengambil kad pengenalan, hantar kawan saya dan terus pulang ke rumah. Semasa insiden tersebut, seorang daripada anggota polis tersebut sedang sibuk menghisap rokok sambil menambah yang dia suka minum(minuman keras).”

Pol4
gambar hiasan

“Secara keseluruhannya, saya menulis semua ini untuk meluahkan rasa sedih saya kerana walaupun Malaysia sudah mempunyai kerajaan baru, masalah rasuah masih ada. Tambahan lagi, Bukit Aman hanya terletak lebih kurang dua kilometer daripada tempat kejadian namun begitu anggota polis tersebut yang ingin membuat duit dengan cara yang mudah masih dibenarkan ‘bekerja’. Kalau jadi polis tak mampu sara isteri dan anak, mungkin boleh cari kerja lain kot?”

“Tugas anda adalah untuk mempertahankan undang-undang dan melindungi rakyat supaya persekitaran kekal aman untuk semua. Macam mana orang nak rasa selamat kalau mereka mengugut dan memeras duit daripada orang yang tak bersalah. Ini adalah jenayah.”

Hmmm tak rasa bersalah ke bagi makan duit haram dekat keluarga tu?

Baca: PDRM Akan ‘Dibersihkan’ Bermula Dengan Ketua Polis

Ras2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.